Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.ka.lan] | ڤڠکلن

Definisi : perihal (usaha dsb) mengekal­kan, pemeliharaan (supaya berterusan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengekalan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hot holdingpengekalan panasMakanan dan PemakananMakananProses mengekalkan makanan yang telah dimasak dalam keadaan panas pada suhu melebihi 63°C sebelum dan semasa dihidangkan kepada pengguna. Pengekalan panas ini boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah pemanasan bertingkat, kabinet panas atau plat panas. Makanan yang dimasak dan disimpan pada suhu kurang daripada 63°C hanya boleh bertahan sekitar dua jam. Namun, kaedah pengekalan panas membolehkan makanan yang dimasak dapat bertahan untuk tempoh masa yang lebih lama. Walau bagaimanapun, kualiti makanan akan semakin berkurangan selepas pengekalan panas dibiarkan untuk suatu tempoh masa tertentu.
pressure maintenancepengekalan tekananKejuruteraanTiadaPengekalan tekanan gas di dalam takungan oleh pacuan air giat, pancitan air, pancitan gas atau gabungannya.
learning retentionpengekalan pembelajaranTeknologi Maklumate-PembelajaranPengekalan pemahaman sesuatu maklumat disebabkan oleh pengalaman dan pembelajaran yang membolehkan maklumat tersebut diingat kembali dan diaplikasikan dalam situasi yang sesuai.
over retention of primary teethpengekalan gigi primerPergigianTiadaFenomena pengekalan gigi desidus di arkus melewati tarikh pengeksfoliatan. Biasanya gigi desidus akan tanggal secara berperingkat mengikut umur apabila kanak-kanak membesar. Gigi desidus akan kekal jika tiada gigi kekal penggantinya atau terdapat halangan pada haluan erupsi gigi kekal pengganti gigi tersebut. Fenomena ini boleh menyebabkan kecacatan daripada segi estetik jika gigi tersebut adalah gigi anterior kerana lebih kecil daripada gigi kekal.
commercial retention ratekadar pengekalan perniagaanKomunikasiKorporatTahap hubungan akrab antara pelanggan dengan peniaga. Sesebuah organisasi atau syarikat akan berusaha mengekalkan hubungan perniagaan antara pelanggan dengan peniaga secara berterusan bagi meningkatkan tahap pengekalan dan kesetiaan pelanggan kepada sesebuah organisasi perniagaan. Usaha ini boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah dalam komunikasi korporat. Contohnya, mewujudkan kad keahlian, memberikan tawaran istimewa kepada ahli, menyediakan kaunter khas perkhidmatan pelanggan untuk ahli, dan mengekalkan komunikasi mesra pelanggan.
cycling Markov processproses Markov berkitarPentadbiranTiadaMatriks peralihan Markov yang bernilai sifar dalam sel-sel pengekalan dan bernilai satu dalam sel-sel bukan pengekalan.
perpetuationpengekalanVeterinarTiadaTiada
price maintenancepengekalan hargaPentadbiranTiadaTiada
preservationpengawetan; pengekalan; pemuliharaanKomunikasiTiadaTiada
preservationpengawetan; pengekalan; pemuliharaanPerubatanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas