herbal extraction | pengekstrakan herba | Herba | Tiada | Proses mengeluarkan komponen terlarut daripada bahan herba berbilang komponen. Terdapat pelbagai jenis pengekstrakan, iaitu pengekstrakan pelarut organik, maserasi, perkolasi, pengekstrakan lawan arus, pengekstrakan bendalir lampau genting, penyulingan dan ekspresi. |
continuous extraction | pengekstrakan berterusan | Kimia | Kimia Analisis | Pengekstrakan pepejal atau cecair dengan menggunakan pelarut pengewapan yang sama melalui proses refluks dan kondensasi yang berterusan misalnya pengekstrakan Soxhlet. |
countercurrent extraction | pengekstrakan arus lawan | Kimia | Kimia Analisis | Proses pengekstrakan cecair-cecair yang pelarut dan proses alirannya bersentuhan dan mengalir dalam arah yang berlawanan. Ia digunakan dalam pengekstrakan dua bahan yang mempunyai pekali taburan yang hampir sama. |
solvent extraction | pengekstrakan pelarut | Kimia | Kimia Analisis | lih. pengekstrakan cecair-cecair. |
extraction | pengekstrakan | Herba | Pemiawaian | Proses pengeluaran sesuatu sebatian daripada larutan atau jerapan menggunakan pelarut yang tidak larut campur dengan pelarut atau jisim penjerap asal. Contohnya, pengekstrakan sebatian zerumbon daripada ekstrak heksana rizom lempoyang (Zingiber zerumbet). |
subcritical extraction | pengekstrakan subkritikal | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Proses untuk memisahkan satu komponen daripada bahan yang lain dengan menggunakan pelarut yang berada dalam keadaan subkritikal. Pengekstrakan biasanya dilakukan pada matriks pepejal, tetapi boleh juga dilakukan pada cecair. Proses ini merupakan alternatif yang sesuai, selamat, kos yang efektif dan mesra alam sekitar berbanding dengan kaedah lazim. |
countercurrent extraction | pengekstrakan lawan arus | Herba | Tiada | Kaedah mengeluarkan komponen terlarut daripada bahan herba dengan menggunakan pelarut yang bergerak pada arah yang berlawanan. Alat yang digunakan ialah pengekstrak skru dan karusel. |
extraction solvent | pelarut pengekstrakan | Herba | Tiada | Pelarut yang digunakan untuk mengekstrak juzuk yang diperlukan daripada herba. Air tulen dan alkohol digunakan untuk menghasilkan sediaan ekstrak herba. |
supercritical fluid extraction | pengekstrakan bendalir lampau genting | Herba | Tiada | Kaedah mengeluarkan komponen terlarut daripada bahan herba berbilang komponen dengan menggunakan bendalir lampau genting pada suhu dan tekanan rendah. Bendalir lampau genting seperti gas karbon dioksida atau nitrogen meresap melalui bahan pepejal herba dan melarutkan komponen dalam bahan herba. Contohnya, penyahkafeina daripada kopi (Coffea arabica) dan pengasingan kurkumin daripada kunyit (Curcuma domestica). |
liquid-liquid extraction | pengekstrakan cecair-cecair | Herba | Tiada | Proses pemisahan komponen kimia terlarut daripada cecair akues dengan menggunakan pelarut organik yang tak terlarutcampurkan atau sebaliknya. Contohnya, morfina dalam eter diekstrak dengan menggunakan air yang diasidkan dengan asid hidroklorik dan menghasilkan morfina hidroklorida yang lebih larut dalam fasa berair. |