taxanomic classification | pengelasan taksonomi | Herba | Tiada | Pengelasan herba mengikut sistem pengelasan botani yang menurut asal usul tumbuhan berdasarkan kelas, order, famili, genera dan spesies. Sistem ini menyediakan peraturan yang tepat dan teratur dan boleh digunakan untuk menyesuaikan sebarang herba dalam kumpulannya tanpa ragu-ragu. Walau bagaimanapun, sistem pengelasan ini tidak begitu popular. |
alphabetical classification | pengelasan abjad | Herba | Tiada | Pengelasan herba berdasarkan urutan abjad nama Latin atau nama tempatan herba. Aturan ini digunakan dalam kamus dan farmakopeia. Pengelasan abjad ini sesuai untuk rujukan cepat namun tidak memberikan gambaran berkenaan hubung kait antara herba. |
pharmacological or therapeutic classification | pengelasan farmakologi atau terapeutik | Herba | Tiada | Pengelasan herba menurut tindakan farmakologi yang disebabkan oleh kandungan bahan aktif utama atau kegunaan terapeutiknya. Pendekatan pengelasan ini semakin popular. Walau bagaimanapun, kandungan pelbagai bahan aktif yang terdapat dalam herba yang sama boleh mempunyai tindakan farmakologi atau kegunaan terapeutik lain. |
morphological classification | pengelasan morfologi | Herba | Tiada | Pengelasan herba yang dibahagikan mengikut kumpulan seperti daun, bunga, buah, biji, keseluruhan tumbuhan, kayu, kulit kayu, rizom, akar, lateks, ekstrak, gam, resin, minyak, lemak dan lilin. Pendekatan pengelasan berdasarkan kumpulan ini mempunyai kelebihan untuk kajian herba. Contohnya, pengenalpastian serbuk herba, lazimnya berasaskan ciri mikromorfologi. |
chemical or biogenetic classification | pengelasan kimia atau biogenetik | Herba | Tiada | Pengelasan herba menurut kandungan bahan aktif utama seperti alkaloid, flavanoid, terpenoid, glikosida, minyak meruap dan sebagainya atau mengikut jenis lintasan biosintesisnya. Pendekatan pengelasan ini adalah popular namun boleh berlaku kesamaran apabila sesuatu herba mempunyai pelbagai bahan aktif daripada kumpulan fitokimia yang berbeza. |
herbal classification | pengelasan herba | Herba | Tiada | Sistem pembahagian herba kepada kumpulan mengikut urutan abjad, taksonomi, morfologi, farmakologi atau terapeutik dan kimia atau biogenetik. Pembahagian mengikut abjad terdapat dalam dokumen farmakopeia, pembahagian mengikut taksonomi terdapat dalam buku farmakognosi, pembahagian morfologi terdapat dalam buku botani, pembahagian farmakologi atau terapeutik terdapat dalam buku perubatan herba dan pembahagian kimia atau biogenetik terdapat dalam buku fitokimia. |
zoning classification | pengelasan zon | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
road classification | pengelasan jalan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
International Classification for Nursing Practice (ICNP) | Pengelasan Antarabangsa Amalan Kejururawatan (ICNP) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Klasifikasi antarabangsa dalam bidang kejururawatan. ICNP merangkumi amalan kejururawatan, tindakan dan hasil kejururawatan. ICNP bertujuan untuk meningkatkan komunikasi antara jururawat dengan pengamal perubatan yang lain. ICNP membolehkan data kejururawatan tersedia untuk digunakan dalam sistem maklumat penjagaan kesihatan di seluruh dunia. |
International Classification of Health Interventions (ICHI) | Pengelasan Antarabangsa Intervensi Kesihatan (ICHI) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang digunakan dalam klasifikasi kod prosedur intervensi kesihatan, yang dibangunkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Sistem ini menyediakan kod prosedur yang piawai bagi pelaporan dan analisis intervensi kesihatan yang dapat diguna pakai di seluruh dunia. |