logical operation | pengendalian logik | Teknologi Maklumat | Tiada | Pengendalian logik: Pengendalian yang membolehkan unit logik aritmetik membandingkan nombor, huruf, atau aksara khas dan mengambil tindakan pilihan. |
system crash | ranap sistem | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Keadaan yang berlaku pada sistem pengendalian apabila suatu ralat atau konflik pada atur cara menyebabkan sistem pengendalian tidak boleh berfungsi dengan betul dan semua proses yang sedang diuruskan oleh sistem pengendalian perlu dihentikan sehingga masalah diselesaikan. Contohnya, serangan penafian layanan (DoS) boleh menyebabkan sistem pengendalian terbeban sehingga pengendalian biasa tidak boleh dijalankan. |
add instruction | arahan tambah | Teknologi Maklumat | Perisian | Arahan yang akan melakukan pengendalian tambah dalam ingatan atau storan sementara. Pengendalian tambah ini merupakan salah satu daripada pengendalian aritmetik asas yang melibatkan sekurang-kurangnya dua kendalian. |
operational data security | keselamatan data pengendalian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kawalan yang dikenakan oleh sistem pengendalian atau perisian untuk memastikan data yang diperlukan dalam bentuk tertentu sentiasa terlindung daripada sebarang perubahan dan pendedahan sama ada secara sengaja, tidak sengaja, atau terlarang semasa pengendalian input, pemprosesan dan output. |
standard operating procedure | tatacara pengendalian piawai | Pengurusan | Perancangan | Arahan kerja dan garis panduan terperinci berkenaan sesuatu tugas yang bertulis dan didokumentasikan.Tatacara pengendalian piawai menjelaskan cara sesuatu tugas perlu dilaksanakan dan tindakan yang perlu diambil menurut pendekatan yang seragam dan konsisten. Contohnya, tatacara pengendalian piawai yang perlu dipatuhi oleh setiap pegawai yang terlibat dengan urusan rawatan kecemasan pesakit luar di hospital. |
access | capaian | Teknologi Maklumat | Perisian | Pengendalian untuk mendapatkan hak mengambil dan menulis data berdasarkan alamat capaian yang diberikan. Sekiranya capaian dilakukan kepada ingatan RAM, kedua-dua pengendalian baca dan tulis boleh dilakukan. Walau bagaimanapun, jika capaian dibuat terhadap ingatan ROM, hanya pengendalian baca sahaja yang boleh dilakukan. |
telephone operation | pengendalian telefon | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pengendalian telefon yang merangkumi tatacara menerima dan membuat panggilan, pengurusan peralatan telefon dan sebagainya. |
project organization | pengendalian projek; organisasi projek | Sosiologi | Tiada | Pengendalian projek: Tatacara pelaksanaan projek yang dijalankan secara teratur bagi mencapai kecekapan dan kelicinan projek. |
concurrent operating system | sistem pengendalian serentak | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem pengendalian yang membolehkan beberapa atur cara diproses serentak. |
DOS (disk operating system) | DOS (sistem pengendalian cakera) | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem pengendalian komputer IBM atau serasi yang perintahnya berbentuk perintah baris. Versi awal DOS disimpan dalam cakera liut. |