Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.san] | ڤڠسن

Definisi : sesuatu (alat dll) utk mengesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.san] | ڤڠسن

Definisi : 1 alat (radar dll) atau sesuatu yg digunakan utk mengesan sesuatu. 2 orang yg pandai mengesan (mengikut jejak) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
photoionization detectorpengesan pemfotoionanKimiaKimia AnalisisPengesan kromatografi yang menggunakan foton dengan tenaga yang sesuai untuk menghasilkan pengionan lengkap bahan larut dalam gas pembawa lengai. Sumber utama pengionan ialah penyinaran ultra lembayung di dalam sel pengesan yang mengandungi katod berliang yang dilalui oleh gas penghantar dan zat larutan.
annular detectorpengesan anulusNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanPengesan yang digunakan untuk mengumpul elektron dari anulus di sekitar alur.
pyroelectric detectorpengesan piroelektrikKimiaKimia AnalisisSejenis pengesan sinaran terma dalam sperktrometer inframerah yang mengandungi sekeping bahan feroelektrik yang biasanya merupakan hablur triglisina sulfat. Pada suhu yang kurang daripada suhu Curie hablur, perubahan pada ruang kekisi akan menghasilkan suatu perubahan spontan ke atas pengutuban elektrik. Hablur ini diletakkan di antara dua elektrod selari, satu daripadanya lutsinar inframerah, dan yang satu lagi normal terhadap paksi pengutuban. Jika elektrod disambungkan kepada litar luaran, arus akan diatur untuk mengimbangkan cas pengutuban pada permukaan hablur. Arus ini akan menghasilkan isyarat voltan dalam resistor beban yang disambungkan terus pada transistor kesan medan.
scintillation detectorpengesan sintilasiTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPengesan sinaran yang menggunakan bahan kimia yang menghasilkan cahaya nampak apabila terdedah kepada sinaran pengionan. Kuantiti cahaya adalah berkadaran dengan jumlah sinaran yang terdedah kepadanya.
in-lens detectorpengesan kanta dalamNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanAlat yang digunakan untuk mengesan dan mengarahkan elektron sekunder ke pengesan anulus.
solar-blind photomultiplierpemfotoganda buta suriaKimiaKimia AnalisisPengesan yang terdapat pada spektrofometer untuk mengesan sinaran atau pancaran dalam daerah ultralembayung dan daerah nampak. Pengesan ini harus disimpan di dalam bekas yang tidak boleh dimasuki oleh cahaya suria.
oestrus detection aidalat bantu pengesanan estrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPeralatan yang digunakan untuk mengesan estrus haiwan betina. Contoh peralatan ini adalah seperti alat penanda bebola dagu, pengesan estrus panjat dan abah-abah pengesan estrus. Peralatan ini diletakkan sama ada pada haiwan betina ataupun jantan.
probepengesanBioinformatikBioinformatik Molekul-
leak detectorpengesan bocorKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSebarang alat atau bahan yang digunakan untuk mengesan kebocoran gas atau bahan pendingin. Jenis yang biasa digunakan ialah elektronik atau buih sabun.
hotspot trackerpengesan kawasan panasUmumTiadaAplikasi yang digunakan untuk mengesan kawasan yang berisiko tinggi dari segi keselamatan, kesihatan dan ancaman lain.
12345

Kembali ke atas