declarative knowledge | pengetahuan deklaratif | Psikologi | Psikologi Umum | Ilmu yang bersifat fakta seperti pengetahuan umum tentang dunia dan undang-undang atau peraturan logik yang digunakan untuk membuat keputusan. Pengetahuan ini juga berkait dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa, tempat dan situasi tertentu. Contohnya, pengetahuan tentang tatacara berada dalam perpustakaan. |
authoritative knowledge | pengetahuan autoritatif | Pendidikan | Tiada | Pengetahuan yang diperoleh melalui orang yang pakar atau berkuasa dalam bidang pengetahuan tertentu. |
explicit knowledge | pengetahuan tersurat | Pengurusan | Perancangan | Pengetahuan yang boleh dilihat, mudah disampaikan, disimpan dan disebarkan untuk rujukan dan kegunaan pihak lain. Pengetahuan tersurat termasuk maklumat yang disimpan di dalam buku, laman sesawang dan sebarang bentuk storan lain yang boleh didapati secara tampak (visual) atau lisan. |
tacit knowledge | pengetahuan tersirat | Pengurusan | Perancangan | Perkara-perkara yang tidak tertulis dan terucap oleh individu, namun ia tersimpan dalam diri individu tersebut. Pengetahuan tersirat boleh dijelaskan dalam bentuk emosi, ingatan, pengalaman, rangsangan deria atau gerak hati yang wujud dalam diri setiap individu. Pengetahuan ini akan timbul apabila diperlukan tanpa disedari. Kepentingan menguruskan pengetahuan tersirat dalam organisasi adalah dengan memastikan maklumat dan pengetahuan tersebut dikekalkan dalam bentuk dokumentasi atau sistem pengkomputeran. Contohnya, capaian pada soalan lazim (FAQ) dalam komputer yang menyediakan jawapan kepada pelbagai persoalan pengurusan organisasi tanpa perlu merujuk kepada individu tertentu. |
knowledge engineer | jurutera pengetahuan | Teknologi Maklumat | Tiada | Orang yang membangunkan sistem pakar. Dia mendapatkan pengetahuan daripada pakar dan mengekodkannya sebagai pangkalan pengetahuan. |
intuitive knowledge | pengetahuan intuitif | Pendidikan | Tiada | Pengetahuan yang diperoleh melalui cetusan idea secara tiba-tiba dan tanpa disedari dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. |
empirical knowledge | pengetahuan empirik | Pendidikan | Tiada | Pengetahuan yang diperoleh melalui pemerhatian, pengalaman dan penggunaan pancaindera secara saintifik dan sistematik. |
rational knowledge | pengetahuan rasional | Pendidikan | Tiada | Pengetahuan yang diperoleh secara taakulan. |
knowledge dissemination | penyebaran pengetahuan | Pendidikan | Tiada | Proses menyebarkan pengetahuan secara bersemuka atau menggunakan kemudahan komunikasi moden, termasuk sistem jarak jauh. |
degree of knowledge | darjah pengetahuan | Pentadbiran | Tiada | Tahap pengetahuan pembuat keputusan terhadap keadaan yang dihadapi. |