genome assembly | penggabungjalinan genom | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah pembinaan semula jujukan asal genom organisma. Fragmen-fragmen DNA yang terhasil melalui proses pemecahan genom disusun semula untuk menghasilkan kontig-kontig dengan menggunakan perisian komputer. Pertindihan kontig-kontig ini menghasilkan perancah yang mempunyai jurang di antaranya. Seterusnya, jujukan DNA sebenar pada jurang-jurang ini ditentukan menggunakan kaedah pemetaan optikal atau penjujukan DNA. |
sequence assembly | penggabungjalinan jujukan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah pembinaan semula jujukan asal DNA dengan penjajaran dan penggabungan fragmen DNA yang lebih pendek untuk membina semula jujukan asal. |
de novo sequencing | penjujukan de novo | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Penjujukan genom baharu apabila tiada jujukan rujukan yang tersedia untuk penggabungjalinan genom. Setiap jujukan disusun membentuk jujukan yang lebih panjang (kontig). |
optical map | peta optikal | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Molekul DNA tunggal yang diwarnakan hasil daripada proses pemetaan optikal untuk proses penggabungjalinan yang lebih tepat. |
contig | kontig | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Jujukan munasabah yang terhasil daripada susunan jujukan DNA atau fragmen-fragmen DNA yang bertindih. Lihat juga penggabungjalinan genom. |
gene annotation | anotasi gen | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses mengenal pasti lokus gen dan semua kawasan pengekodan dalam genom untuk menentukan peranan atau fungsi gen tersebut. Anotasi gen dilakukan selepas penggabungjalinan genom. |