Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ga.la/] | ڤڠݢالق

Definisi : ubat bedil dlm persumbuan meriam lama (senapang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ga.la/] | ڤڠݢالق

Definisi : orang yg menggalakkan (memberi semangat, mendorong): raja-raja menjadi penaung, ~ dan peminat bahasa dan kesusasteraan; ~ akar bahan kimia utk membanyakkan akar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ga.la/] | ڤڠݢالق

Definisi : 1 orang yg menggalakkan (memberi semangat atau dorongan); pendorong: Kakaknyalah yg menjadi ~ baginya utk mencapai cita-citanya. 2 bahan kimia, ubat dll yg dpt meninggikan hasil, mempercepat percambahan dll: Mereka menggunakan bahan ~ utk menambah pengeluaran susu getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggalak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brake boosterpenggalak brekKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang dipasang pada hujung pam induk brek untuk membantu kecekapan brek.
booster pressuretekanan penggalakKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTekanan yang wujud di dalam pancarongga pengambilan semasa cas turbo sedang beroperasi.
enhancer regionkawasan penggalakBioinformatikBioinformatik MolekulSatu segmen DNA pendek (50 – 1500 bp) yang dapat diikat oleh protein pengaktif atau biasanya disebut sebagai faktor transkripsi, untuk meningkatkan kadar transkripsi gen tertentu. Segmen DNA pendek ini terletak sehingga 1 Mbp (1,000,000 bp) dari tapak permulaan sesuatu gen.
gene regulatory networkrangkaian pengawalaturan genBioinformatikBioinformatik MolekulRangkaian elemen pengawal atur gen, iaitu promoter, operator, penggalak dan silenser yang saling berinteraksi antara satu dengan lain dan/atau dengan biomolekul lain untuk menentukan pengekspresan RNA dan protein.
wastegatepintu sisaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat kawalan yang dipasang pada pengecas turbo untuk mengehadkan tekanan penggalak, bagi mengelakkan kerosakan enjin dan pengecas turbo.
gene regulatory systemsistem pengawal aturan genBioinformatikBioinformatik MolekulGabungan rangkaian elemen pengawal atur gen (promoter, operator, penggalak dan silenser) yang berinteraksi antara satu dengan lain dan/atau dengan biomolekul lain untuk menentukan pengekspresan RNA dan protein. Sistem ini memainkan peranan penting dalam morfogenesis yang merupakan tunggak dalam evolusi biologi perkembangan.
additiveaditifPerikananAkuakulturBahan tambahan yang dimasukkan ke dalam makanan ternakan untuk tujuan tertentu, seperti menggalakkan pertumbuhan, meningkatkan pencernaan dan menghindari penyakit. Contohnya, ubat-ubatan, penggalak pertumbuhan, enzim, probiotik dan koksidiostat. Kadar yang diperlukan adalah sangat sedikit, iaitu sekitar 0.1 – 3%.

Kembali ke atas