Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ga.nas] | ڤڠݢانس

Definisi : orang yg mengganas: ~-~ komunis masih berkeliaran di kawasan sempadan Semenanjung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ga.nas] | ڤڠݢانس

Definisi : orang yg mengganas; penjahat: Dua orang ~ komunis telah ditembak mati subuh-subuh tadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengganas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
terroristpengganasSejarahTiadaTiada
cyberterroistpengganas siberTeknologi MaklumatTiadaOrang perseorangan atau kumpulan yang melakukan keganasan dalam ruang siber.
Anti-Terrorist OperationGerakan Anti-PengganasSejarahTiadaTiada
intentional attackserangan sengajaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSerangan yang dilakukan oleh sesebuah negara atau pihak lain seperti kumpulan pemberontak dan pengganas, bertujuan untuk mendatangkan kemusnahan jiwa, harta benda dan alam sekitar. Sekiranya serangan sengaja menjadi objektif ketenteraan dan menyebabkan kemusnahan yang melampau kepada orang awam atau objek awam, maka jenayah perang telah berlaku.
measure of intimidationlangkah intimidasiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan mengancam, menahan, menggunakan keganasan atau menyebabkan kecederaan terhadap sesuatu pihak. Tindakan ini termasuk juga perbuatan mengugut yang boleh menyebabkan hukuman, kerosakan atau kerugian. Contohnya, langkah intimidasi yang dilakukan terhadap pengganas. Sejak tahun 1963, masyarakat antarabangsa telah mempunyai pelbagai instrumen undang-undang yang bersifat universal untuk menghalang perbuatan pengganas. Instrumen undang-undang atau triti ini adalah untuk menerangkan bahawa perbuatan seperti menggunakan pesawat awam sebagai senjata, dan menggunakan bahan-bahan yang berbahaya untuk menyerang pesawat atau sasaran lain di atas tanah merupakan satu jenayah. Begitu juga dengan perbuatan yang melibatkan penggunaan pengangkutan yang menyalahi undang-undang biologi, kimia dan senjata nuklear dan bahan yang berkaitan adalah satu jenayah dan boleh dihukum.
armed attackserangan bersenjataUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan keganasan terhadap musuh yang melibatkan penggunaan angkatan bersenjata. Tindakan ini merupakan salah satu syarat bagi sesebuah negara menggunakan hak mempertahankan diri seperti yang disebut oleh Perkara 51 Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam kes Nicaragua, ia ditakrifkan sebagai tindakan angkatan bersenjata yang menyeberangi sempadan antarabangsa atau tindakan menghantar kumpulan bersenjata atau askar upahan yang bertindak menyamai skala dan kesan tindakan angkatan bersenjata. Tindakan ini juga boleh melibatkan pembedilan dan pendudukan oleh tentera di wilayah negara yang diceroboh. Sasarannya boleh merangkumi wilayah darat dan laut, penduduk dan sebarang struktur yang terdapat di wilayah negara tersebut. Serangan bersenjata terhadap warganegara di luar negara lazimnya tidak dianggap sebagai serangan bersenjata seperti dalam maksud Perkara 51. Serangan bersenjata oleh pengganas boleh menepati takrifan tersebut jika pengganas itu mewakili sesebuah negara, dan skala dan kesan seranga
maritime terrorismkeganasan maritimUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKeganasan yang dikaitkan dengan aktiviti rompakan yang dilakukan di laut lepas. Dalam kes seperti ini, lanun yang melakukan rompakan tersebut tidak melakukannya atas arahan mana-mana pihak dan tidak menerima sebarang perlindungan daripada mana-mana negara, tetapi biasanya mereka akan menyerang kapal dari semua negara. Keganasan maritim merupakan satu kesalahan terhadap kemanusiaan. Mana-mana pengganas maritim yang ditangkap boleh dibicarakan di mana-mana mahkamah tanpa mengira kewarganegaraan.
New World OrderOrde Baru DuniaSains PolitikHubungan AntarabangsaPerihal keadaan politik dunia yang berubah akibat kejatuhan komunisme selepas tamat Perang Dingin pada akhir tahun 1990. Sebelum tahun 1990, imbangan kuasa adalah berasaskan persaingan antara dua pihak atau pusat, iaitu Kesatuan Soviet dan sekutunya dengan Amerika Syarikat dan sekutunya. Kini, terdapat beberapa pusat kuasa di dunia serta pelbagai isu baru. Antara isu yang timbul dalam Orde Dunia Baru adalah berkenaan senjata nuklear, kimia dan biologi, masalah alam sekitar seperti pemanasan global, keganasan di Timur Tengah dan ancaman pengganas.

Kembali ke atas