Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gan.ti] | ڤڠݢنتي

Definisi : benda atau orang yg menjadi ganti: biarlah pantunku ini sbg ~ penawar hatimu; sejak guru itu pindah murid-murid agak gelisah menunggu ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gan.ti] | ڤڠݢنتي

Definisi : 1 apa-apa yg dijadikan ganti: Oleh sebab kad undangan sudah habis, kita gunakan surat biasa sbg ~nya. 2 orang yg mengganti atau menggantikan: Kalau dia berhalangan nanti, siapakah pula ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[peng.gan.ti] | ڤڠݢنتي

Definisi : orang yg mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Jika engkau tidak mahu pergi, aku boleh jadi ~mu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengganti

Peribahasa

Menjadi apit lempang cencang galang.

Bermaksud :

Mengambil tempat sebagai pengganti dalam sesuatu usaha yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
substitute goodsbarang penggantiEkonomiTiadaBarang yang boleh diganti dengan barang lain berdasarkan fungsi barang itu kepada pengguna. Misalnya, teh dan kopi adalah dua barang pengganti yang boleh saling tukar dari segi fungsi penggunaannya, iaitu untuk minuman. Permintaan terhadap sesuatu barang akan bertambah jika harga barang penggantinya meningkat kerana pengguna yang rasional akan mengalihkan penggunaannya daripada barang yang mahal harganya kepada barang yang murah harganya. Barang ini mempunyai keanjalan silang yang positif.
antonomasiaantonomasiaKesusasteraanPuisiGaya unsur yang menggunakan gelaran rasmi atau dikenal umum sebagai pengganti nama diri. Contohnya, Bendahara Seri Maharaja merujuk kepada Tun Mutahir,dan Bapa Kemerdekaan merujuk kepada Tunku Abdul Rahman Putra.
multiplier herdgerompok penggandaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPenggunaan sekumpulan haiwan pembiak baka untuk menghasilkan pengganti haiwan jantan dan betina tanpa penglibatan haiwan dari luar.
criss crossing;kacukan silangPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah pembiakan bersilang yang melibatkan dua baka sebagai induk. Haiwan betina daripada hasil pembiakan tersebut akan digunakan pula sebagai pengganti bagi induk betina untuk kacukan seterusnya. Generasi haiwan betina seterusnya akan dikacukkan dengan baka penjantan yang berlawanan.
premium transferpemindahan premiuminsuransTiadaKaedah yang digunakan di Lloyds untuk risiko yang diinsuranskan melebihi 12 bulan. Premium selepas 12 bulan daripada sindiket asal akan dibayar kepada sindiket pengganti untuk tahun seterusnya. Pemindahan ini dianggap sebagai urusan dalaman.
herbal authenticationpengesahan herbaHerbaTiadaProses membuktikan kesahihan identiti dan ketulenan ubat mentah untuk memastikan ketekalan kualitinya. Spesies dan bahagian tumbuhan suatu herba biasanya dicamkan mengikut tatanama dan ciri botani masing-masing. Ketulenan suatu herba dipastikan tidak mengandungi sebarang bahan pemalsu, pencemar atau pengganti. Kesahihan identiti dan ketulenan bahan mentah boleh juga dipastikan dengan memperoleh sijil pengesahan daripada makmal analisis yang bertauliah.

Kembali ke atas