Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gan.tian] | ڤڠݢنتين

Definisi : perihal atau perbuatan mengganti(kan): mereka merundingkan perkara ~ Ketua Kampung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gan.tian] | ڤڠݢنتين

Definisi : perbuatan mengganti atau menggantikan: Dlm abad ke-19, ~ utk menaiki takhta sentiasa berjalan dgn tidak aman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggantian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
successionpenggantianSains PolitikPolitik PerbandinganSusunan penggantian penyandang sesuatu tugas, pangkat, jawatan atau pemilikan harta. Ia juga merupakan hak kepada seseorang yang bakal menyandang sesuatu jawatan atau pangkat tersebut. Perubahan penyandang akan berlaku secara aman dan mengikut proses yang telah menjadi tradisi atau mengikut perlembagaan. Penggantian ini boleh berasaskan keturunan, merit, sokongan orang ramai atau melalui kekuatan ekonomi. Contohnya, sejak merdeka hingga kini, penggantian Perdana Menteri di Malaysia berIaku dalam aman tanpa sebarang rampasan kuasa.
succession politicspolitik penggantianSains PolitikPolitik PerbandinganAmalan politik yang cenderung kepada pertukaran pemerintah dan tidak gemar kepada pengekalan sesuatu rejim atau pemimpin. Politik penggantian ini memberi ruang kepada calon pemimpin bertanding atau turut serta dalam pemilihan dan rakyatnya pula bebas untuk memilih pemimpin baru. Contohnya, politik India era pasca-Gandhi dan Indonesia pasca-Soeharto telah menunjukkan sifat politik penggantian yang jelas apabila pemimpinnya sering bertukar ganti.
herbal substitutionpenggantian herbaHerbaTiadaPerlakuan sengaja menukarkan bahan mentah herba dengan bahan pemalsu. Lazimnya penggantian herba dilakukan terhadap bahan mentah yang sukar diperoleh dan mahal untuk tujuan mengaut keuntungan yang banyak. Bahan pemalsu yang biasa hadir ialah bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi herba dan bahagian atau spesies tumbuhan yang kurang berkualiti. Campur palsu ini dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan assai. Contohnya, akar tongkat ali digantikan dengan bahagian batangnya.
replacement costkos penggantianPenilaian Harta TanahTiadaTiada
replacement cost insuranceinsurans kos penggantianinsuransTiadaInsurans yang memperuntukkan bahawa insured akan dibayar kos gantian harta yang rosak tanpa menolak susut nilai.
point mutationmutasi titikBioinformatikBioinformatik MolekulPenggantian satu bes nukleotida dengan satu bes nukleotida yang lain sama ada melalui proses pemasukan atau penyingkiran daripada jujukan DNA atau RNA. Mutasi titik yang berlaku pada kawasan pengekodan boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu mutasi tanpa gejala, mutasi lain erti dan mutasi terhenti. Lihat juga mutasi senyap, mutasi lain erti dan mutasi terhenti.
coding substitutionpengekodan tukar gantiBioinformatikBioinformatik MolekulPenggantian satu bes dengan bes yang lain dalam jujukan gen yang mengekodkan sesuatu protein.
conservative substitutiontukar ganti konservatifBioinformatikBioinformatik MolekulPenggantian satu asid amino dalam protein kepada asid amino yang berbeza, tetapi mempunyai ciri-ciri fiziko-kimia yang serupa dengan asid amino yang asal dari segi saiz, cas dan kehidrofobikan.
radical substitutiontukar ganti radikalBioinformatikBioinformatik MolekulPenggantian asid amino dengan asid amino lain, yang mengubah ciri-ciri fiziko-kimia protein yang menjejaskan fungsinya.
silent substitutiontukar ganti senyapBioinformatikBioinformatik MolekulPenggantian bes dalam jujukan rangkaian nukleotida tanpa melibatkan sebarang perubahan dalam asid amino atau fungsi protein.
123

Kembali ke atas