Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gem.blé.ngan] | ڤڠݢمبليڠن

Definisi : perihal (perbuatan, usaha) menggembleng: utk mencapai kemajuan, ~ tenaga amat perlu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gem.blé.ngan] | ڤڠݢمبليڠن

Definisi : perihal atau perbuatan mempersatukan: ~ ideologi dan budaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gem.blé.ngan] | ڤڠݢمبليڠن

Definisi : hal atau perbuatan menggembleng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggemblengan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
poolinggemblengan; penggemblengan; pengumpulanPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah insurans semula yang sama dengan perkongsian berkuota. Setiap ahli akan menanggung sebahagian daripada setiap risiko yang diunderait oleh setiap ahli yang lain. Peruntukan dalam perjanjian penggemblengan ini mungkin termasuk had maksimum untuk ditanggung oleh setiap ahli.
poolingpenggemblenganMatematikTiadaTiada
poolinggemblengan; penggemblengan; pengumpulanEkonomiTiadaTiada
poolinggemblenganinsuransTiadaKaedah reinsurans yang sama dengan perkongsian berkuota. Setiap ahli akan menanggung sebahagian daripada setiap risiko yang diunderait oleh setiap ahli yang lain. Peruntukan dalam perjanjian penggemblengan ini mungkin termasuk had maksimum untuk ditanggung oleh setiap ahli.
redevelopmentpembangunan semulaPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha, tindakan atau langkah-langkah kemajuan dan perkembangan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan atau organisasi untuk mempertingkatkan lagi keupayaan, kecekapan, keberkesanan dan kekuatan pentadbiran. Pembangunan semula biasanya melibatkan peruntukan kewangan yang besar, penggemblengan tenaga kerja yang ramai, perincian semula matlamat, penambahbaikan perancangan asal dan lambakan maklumat yang betul. Usaha ini sebenarnya memerlukan persefahaman bersama dan kerjasama yang jitu antara pihak yang terlibat, misalnya pihak atasan dengan kakitangan organisasi atau antara pihak kerajaan dengan rakyat. Ini penting bagi menjamin kejayaan dan kelangsungan sempurna pembangunan semula.

strategic developmentpembangunan strategikPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha atau tindakan terancang untuk mencapai matlamat dan hala tuju sesuatu program atau projek. Pembangunan strategik melibatkan perancangan yang terperinci dan senarai kerja yang teratur supaya perkara yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan. Pembangunan strategik biasanya melibatkan peruntukan kewangan yang banyak, tenaga kerja yang berkemahiran, masa yang lebih panjang, serta penggemblengan tenaga dan idea daripada pihak pengurusan atasan sesebuah organisasi. Tanpa penglibatan serius daripada pihak atasan dan kakitangan, pembangunan strategik tidak dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Impak daripada pembangunan strategik menyumbang kepada kestabilan ekonomi, pencapaian matlamat dan hala tuju organisasi serta kemantapan sistem pengurusan organisasi.


Kembali ke atas