Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gu.na] | ڤڠݢونا

Definisi : orang dll yg menggunakan: tumbuh-tumbuhan ialah penyimpan bahan makanan, haiwan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gu.na] | ڤڠݢونا

Definisi : orang yg menggunakan sesuatu; pengambil faedah drpd sesuatu benda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengguna


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
user profileprofil penggunaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerMaklumat pengguna yang dirakam oleh sistem pengendalian semasa pengguna sistem komputer. Maklumat ini termasuk aktiviti dan arahan yang sering dijalankan oleh pengguna. Maklumat ini boleh digunakan untuk menyahihkan identiti pengguna apabila terdapat keraguan terhadap identitinya.
terminal hijackingperampasan terminalTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan pengguna hasad untuk memperoleh keupayaan input dan output (I/O) pada sistem komputer sasaran yang mungkin sedang digunakan oleh pengguna lain. Pengguna hasad berkenaan boleh melihat paparan skrin komputer sasaran dan menggunakan peranti inputnya sendiri, seperti papan kekunci dan tetikus untuk mengawal dan memberi arahan kepada komputer sasaran. Serangan ini dilakukan dengan bantuan perisian kawalan jauh yang disebarkan melalui perisian kekuda Trojan atau dipasang tanpa pengetahuan pengguna sistem. Contoh perisian yang digunakan ialah Back Office, YNC dan pcAnywhere.
authenticationpengesahihanTeknologi Maklumate-PembelajaranProses pengecaman pengguna untuk mengakses sesuatu sistem e-pembelajaran bagi pengesahan kesahihan pengguna melalui nama pengguna dan kata laluan, pengecaman cap jari, pengecaman muka atau pengecaman suara.
consumer information leafletrisalah maklumat penggunaHerbaPeraturan dan PemasaranRisalah yang mempunyai maklumat bertulis untuk tujuan menyampaikan keterangan secara ringkas tentang produk kosmetik kepada pengguna. Risalah maklumat pengguna biasanya disertakan bersama-sama produk tersebut.
replay attackserangan ulanganTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan ke atas rangkaian yang menyebabkan data yang dihantar oleh pengguna melalui rangkaian dipintas dan dihantar semula secara tidak sah oleh pengguna hasad. Serangan ini bertujuan untuk penyamaran atau pengubahan data. Penyamaran ulangan melibatkan paket data yang mengandungi kata laluan seseorang pengguna boleh dipintas dari rangkaian oleh pengguna hasad. Setelah pemintasan, pengguna hasad boleh melawati laman yang dikunjungi pengguna sebenar dan mengulangi penghantaran paket tersebut untuk mensimulasikan kemasukan kata laluan. Contoh variasi serangan ulangan untuk perubahan data pula ialah fenomena yang berlaku dalam urus niaga perbankan apabila paket urus niaga deposit wang ke dalam suatu akaun dipintas. Paket data yang sama boleh diulang berkali-kali untuk mensimulasikan deposit wang yang berterusan. Banding serangan aktif dan serangan pasif.
spray paint techniqueteknik cat semburanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah yang digunakan oleh pengguna hasad untuk menanda identiti pengguna hasad tersebut pada sistem komputer yang dicerobohinya. Penandaan ini biasanya dilakukan selepas serangan ke atas pelayan web atau sistem komputer yang mempunyai paparan awam. Paparan utama sistem akan dicacatkan dengan menggantikan laman yang asal dengan laman yang direka khusus oleh pengguna hasad. Perbuatan ini dilakukan supaya pengguna hasad boleh membuktikan kehebatannya kepada pengguna hasad yang lain.
shadowbansekatan senyapTeknologi MaklumatTiadaTindakan syarikat media sosial yang mengehadkan keterlihatan kandungan hantaran di akaun media sosial pengguna, tanpa diketahui oleh pengguna tersebut secara langsung.
masquerade attackserangan penyamarTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan oleh pengguna hasad menggunakan maklumat identiti pengguna atau hos lain untuk memperoleh capaian ke atas suatu sistem komputer sasaran. Serangan ini biasanya terlebih dahulu melibatkan pengumpulan maklumat tentang pengguna atau hos secara pemintasan atau pencurian. Serangan ini sering dilakukan dengan menyediakan hos atau komputer penyamar yang mengandungi antara muka yang sama dengan komputer sasaran. Lihat juga hos penyamaran dan komputer penyamaran.
pop-down list boxkotak pilihan pop turunTeknologi MaklumatTiadaKotak yang menyenaraikan pilihan yang dipaparkan dalam pesekitaran Antara muka Grafik Pengguna (AGP), apabila pengguna memilih ikon yang mewakili senarai tersebut.
spywareperisian intipTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian yang dipasang secara tersembunyi pada komputer peribadi untuk memintas atau mengambil sebahagian kawalan ke atas interaksi pengguna dengan komputer tanpa pengetahuan pengguna tersebut. Perisian ini secara rahsia mengawasi tingkahlaku pengguna seperti laman web yang dilawati dan tabiat melayari Internet. Perisian ini juga dapat mengganggu kawalan pengguna terhadap komputer seperti memasang perisian tambahan dan mengalih aktiviti pelayar web. Selain itu, perisian ini dapat mengubah pengesetan komputer, mengakibatkan kelajuan capaian menjadi perlahan dan sambungan rangkaian terputus serta ketidakfungsian atur cara lain. Perisian intip boleh juga diklasifikasikan sebagai perisian langgar privasi.
12345678910...

Kembali ke atas