broadband | jalur lebar | Teknologi Maklumat | Tiada | Muatan penghantaran bagi sesuatu talian penghantaran seperti rangkaian komunikasi, bas komputer atau saluran komputer. Dalam komunikasi analog, jalur lebar diukur dalam Hertz (kitaran per saat). Dalam komunikasi digital, jalur lebar diukur dalam bit per saat (bps). Contohnya jalur lebar talian T-1 adalah 1.54Mbps manakala jalur lebar talian telefon biasa adalah 28.8 Kbps. |
nanovector | nanovektor | Fizik | Nanoteknologi | Vektor yang menggunakan bahan nanostruktur seperti nanotiub karbon untuk penghantaran ubatan. Proses penghantaran ini amat berkesan terutamanya dalam peningkatan penyebaran air, bioketersediaan, penusukan sel ke dalam tisu dan mengurangkan ketoksikan. Contoh nanovektor yang digunakan ialah virus tumbuhan. |
contactless delivery | penghantaran tanpa sentuh | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perkhidmatan penghantaran makanan atau barangan melalui pesanan dalam talian tanpa pertemuan dan sentuhan antara pelanggan dan penghantar. Makanan atau barangan akan diletakkan di tempat yang selamat, seperti lobi atau hadapan pintu rumah pelanggan. Pelanggan akan diberitahu melalui panggilan telefon atau teks mesej sebagai bukti pengesahan penghantaran. |
doorstep delivery | penghantaran depan pintu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kemudahan penghantaran produk seperti barangan, makanan atau surat sehingga ke depan pintu rumah pelanggan. |
doorstep delivery | penghantaran depan pintu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kemudahan penghantaran produk seperti barangan, makanan atau surat sehingga ke depan pintu rumah pelanggan. |
automatic transmission | penghantaran automatik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem penghantaran kenderaan yang mempunyai kedudukan nisbah gear yang bertukar secara sendiri. |
through transmission technique | teknik penghantaran terus | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sistem penghantaran ultrasonik yang menggunakan dua prob yang berada di lokasi yang berasingan dan bertentangan antara satu sama lain, dan digerakkan pada masa yang sama. Prob pertama akan menghantar gelombang bunyi dan diterima oleh prob yang kedua secara terus bagi mengesan kecacatan di dalam bahan. Kedua-dua prob tersebut hendaklah seiras dari segi saiz dan frekuensi. |
automatic-transmission fluid | bendalir penghantaran automatik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Minyak khas yang digunakan dalam sistem penghantaran automatik. |
scanning transmission electron microscope (STEM) | mikroskop elektron penghantaran pengimbasan (STEM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat daripada jenis mikroskop elektron penghantaran (TEM). Seperti TEM, imej terbentuk apabila elektron melalui sampel. Beza antara TEM dan STEM adalah STEM menggunakan alur elektron yang terfokus, berpusat pada titik yang luasnya 0.05 � 0.2 nm. |
transmission-controlled spark system | sistem pencucuh kawalan penghantaran | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem kawalan pancaran ekzos (NO�) yang menggunakan kedudukan gear penghantaran untuk membolehkan mara vakum pencucuh atau pengagih berada pada kedudukan gear tinggi sahaja. |