Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.har.ga.an] | ڤڠهرݢاءن

Definisi : perihal atau perbuatan meng­hargai, penghormatan, penyanjungan; ha­diah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.har.ga.an] | ڤڠهرݢاءن

Definisi : perihal (perbuatan) menghargai; penghormatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harga (kata nama)
1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,

2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,

Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acknowledgement pagehalaman penghargaan-TiadaHalaman khusus pada bahagian awalan buku yang merakamkan penghargaan daripada pengarang atau penerbit kepada pihak-pihak lain yang memberikan kerjasama dalam proses penerbitan sesebuah buku.
appreciationapresiasiKesusasteraanTiadaPenghargaan dan penghormatan terhadap karya seni.
shout-outucap seruUmumTiadaUcapan penghargaan, pujian atau pengiktirafan yang ditujukan kepada individu, kumpulan atau khalayak umum sama ada secara semuka atau secara langsung melalui media elektronik.
art and craft movementpergerakan seni dan krafKesenianHiasan DalamanPergerakan estetika Inggeris yang berlaku pada separuh kedua abad ke-19 yang mewakili permulaan untuk penghargaan seni hiasan di seluruh Eropah. Pergerakan seni ini mempengaruhi hasil seni bina, seni dekoratif, perabot dan kotej dalam reka bentuk taman di Britain, Kanada dan Amerika. Di Amerika Syarikat, gaya kraf Amerika sering digunakan bagi menandakan gaya seni bina, reka bentuk dalaman dan seni dekoratif yang berlaku antara era Art Nouveau dengan Art Deco (1910-1925).
New Car Assessment Programme (NCAP)Program Penilaian Kereta Baharu (PPKB)Kejuruteraan AutomotifTiadaProgram yang diadakan untuk membezakan sebuah kenderaan dengan kenderaan yang lain dari segi prestasi keselamatan, terutamanya pada dua aspek, iaitu pelindungan laga dan keselamatan aktif. Setiap kenderaan yang berjaya mencapai mata pemarkahan yang ditentukan oleh program PPKB, pengeluar kenderaan akan diberikan penghargaan dengan penilaian penarafan bintang PPKB antara peringkat 0-Bintang hingga 5-Bintang.

Kembali ke atas