near-field recording | rakaman medan dekat | Sains Kesihatan | Tiada | Proses merakam respons auditori dengan menggunakan elektrod yang diletakkan berhampiran dengan penghasil respons. |
eutrophic | eutrofik | Sains Marin | Tiada | Keadaan sistem akuatik yang mempunyai kandungan nutrien tinggi dan berupaya menampung pertumbuhan pesat alga serta organisma penghasil primer yang lain. Contohnya, kawasan muara yang menerima banyak nutrien daripada aliran sungai dan air di permukaan. |
euphasid | eufasid | Sains Marin | Tiada | Kumpulan krustasia yang bersaiz kecil dan dikenali sebagai kril. Eufasid merupakan komponen penting dalam ekosistem marin kerana bertindak sebagai penghubung antara penghasil primer dan organisma pada aras trofik lebih tinggi. Eufasid menjadi makanan kepada berbagai-bagai lapisan organisma pengguna seperti ikan, udang, sotong, burung, malahan haiwan yang paling besar seperti jerung dan paus. |
algae | alga | Sains Marin | Tiada | Kumpulan tumbuhan paling ringkas yang terdiri daripada organisma satu sel atau berbilang sel dan kebanyakannya hidup di dalam air. Alga sangat penting dalam jaringan makanan sebagai penghasil primer. Alga mengandungi klorofil dan menjalani fotosintesis, tetapi berbeza dengan tumbuhan tinggi kerana tidak mempunyai batang, akar, daun dan tisu vaskular. Dinding sel biasanya mengandungi bahan berkapur (kalsium karbonat), silika, protein atau campuran ketiga-tiga bahan tersebut. Contoh alga yang biasa ditemui ialah pelbagai spesies fitoplankton dan rumpai laut. |
upwelling | julang air | Sains Marin | Tiada | Pergerakan air dari dasar laut ke permukaan yang didorong oleh pergerakan angin. Angin yang bertiup pada permukaan laut menyebabkan pergerakan air bersih pada 90 darjah dari arah angin akibat daya Coriolis dan angkutan Ekman. Sekiranya pergerakan bersih air berlaku pada sempadan daratan ke arah laut lepas, maka julang air akan berlaku untuk menggantikan air yang hilang. Air dari dasar laut ini yang biasanya kaya nutrien akan merangsang pertumbuhan penghasil primer seperti fitoplankton, dan seterusnya meningkatkan hasil perikanan secara keseluruhan. |