Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perihal (usaha dsb) meng­hasilkan (mengeluarkan), pengeluaran: Malaysia sangat terkemuka dlm ~ timah; ~ getah dan minyak kelapa sawit; benda-benda biasanya melalui beberapa tingkatan dlm ~ dan pemakaiannya; 2. pendapatan, perolehan (wang dll): meskipun ~nya tidak seberapa tetapi dapatlah juga ia membantu kami; ~ getahnya jatuh menjadi nombor dua terpenting; pajak ~ Id pajak pendapatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbuatan (usaha, kegiatan) menghasilkan; pengeluaran: ~ minyak; Malaysia terkenal dgn ~ bijih timah dan getah. Kita telah mengkaji bahawa perubahan kimia diikuti oleh penyerapan atau ~ haba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Peribahasa

Dalam berselam,
     dangkal berjingkat.

Bermaksud :

Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
child pornographypornografi kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahBahan lucah kanak-kanak dalam bentuk visual, teks atau audio serta aktiviti yang berkaitan dengan penghasilan bahan-bahan tersebut. Penghasilan bahan ini adalah satu bentuk eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak.
peptisationpeptisasiKimiaKimia AnalisisPenghasilan larutan koloid suatu bahan seperti penghasilan larutan sol daripada gel.
green synthesissintesis hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenghasilan produk dengan mengamalkan prinsip kimia hijau, contohnya penghasilan ibuprofen.
volatile generationpenjanaan meruapTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenghasilan sebatian meruap melalui proses pemanasan sesuatu bahan. Contohnya, penghasilan pirazina melalui pirolisis asid amino.
maximum sustainable yieldhasil lestari maksimumSains MarinTiadaTahap penghasilan maksimum yang dapat dicapai pada sesuatu unit masa. Pada tahap penghasilan ini sumber semula jadi seperti sumber perikanan, sumber hutan dan lain-lain yang boleh dieksploitasi secara rutin tanpa menyebabkan kepupusan sumber.
ethylene productionpenghasilan etilenaPertanian OrganikTanaman Makanan-
pair productionpenghasilan berpasanganTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFenomena yang terjadi hasil tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga lebih daripada 1.02  MeV dengan nukleas atom. Tindak balas ini menyebabkan pasangan elektron dan positron terhasil dengan masing-masing bertenaga 0.51 MeV. Kedua-dua elektron berlainan cas ini akan bercantum semula secara musnah habis untuk menjadi foton. Proses ini berlaku apabila foton bertenaga tinggi melalui bahan bernombor atom tinggi. Lihat juga sinaran musnah habis.
reprographyreprografi-TiadaPenghasilan semula bahan cetak seperti imbasan, fotografi, fotokopi dan cetakan digital daripada bahan asal.
biosynthesisbiosintesisHerbaPemiawaianPenghasilan sebatian kimia tertentu yang berlaku dalam tumbuhan herba. Proses tindak balas kimia semula jadi ini berlaku dengan kehadiran enzim tertentu dan melalui laluan khusus, seperti laluan asid syikimik dan asid mevalonik. Contohnya, biosintesis xanton dalam daun spesies Garcinia.
phonationfonasiSains KesihatanTiadaPenghasilan bunyi bersuara sahaja.
12345678910...

Kembali ke atas