Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ha.ya.tan] | ڤڠحياتن

Definisi : perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dlm batin: buku-buku yg baik akan mempertinggi ~ estetik pd pem­baca; inti karya seni adalah ~ penciptanya; aspek-aspek penguasaan dan ~ bahasa Melayu Tinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hayat
Kata Terbitan : menghayati, penghayatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interpretive communitykomuniti interpretifKesusasteraanTiadaMasyarakat (komuniti) pembaca yang berkongsi konvensi penghayatan sastera. Konvensi ini mempengaruhi dan menentukan bacaan atau tafsiran seseorang ahli masyarakat berkenaan. Dalam konteks ini, respons individu terhadap teks biasanya terikat dengan respons komuniti. Menurut pengasas konsep ini, Stanley Fish, institusi akademi menjadi tonggak konvensi terhadap tafsiran dan analisis teks. Namun, interpretasi daripada komuniti akademik ini tidak semestinya sehaluan. Memandangkan ahli akademik memanfaatkan pelbagai teori, contohnya formalisme, Marxisme, dan pascastrukturalisme, penghayatan kes juga boleh bercanggah mengikut pegangan masing-masing. Hal ini memungkinkan berlakunya tafsiran yang berbeza-beza, sekali gus menghakis atau mencabar konsep komuniti interpretif. Lihat juga teori respons pembaca, ufuk harapan.
focuspemusatanKesusasteraanPuisiTumpuan penyair terhadap sesuatu situasi atau gagasan, dan menarik penghayatan pembaca terhadap tumpuan tersebut. Dalam puisi ini taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga melambangkan pelbagai kaum. Contohnya, daripada puisi "Titisan Darah di Tanah Indah" karya A. Samad Said. Sinonim focus. Dalam taman hak kami berkembang puspa yang wangi aneka ragam jenisnya menghiasi persada Bunda biar bersatu segala-galanya erat berpadu sejiwa biar semerbak baunya mengharumi seluruh benua!
horizons of expectionufuk harapanKesusasteraanTiadaKriteria yang dikongsi bersama oleh generasi pembaca dalam sesuatu period yang tertentu untuk menghayati sesebuah karya sastera. Hal ini bermakna penghayatan karya sastera akan berubah mengikut kelainan ilmu, pengalaman serta budaya sesuatu generasi yang cuba menghayatinya. Konsep ini menjadi satu aspek teori respons pembaca yang diperkenalkan oleh Hans Robert Jauss. Lihat juga teori respons pembaca.
course writerpenulis kursusTeknologi Maklumate-PembelajaranIndividu yang mereka bentuk, menulis jalan cerita dan skrip persembahan kandungan e-pembelajaran yang penuh bermaklumat, berjalinan, menyeronokkan dan menggalakkan penghayatan pelajar. Individu ini akan bekerjasama dengan pakar subjek, pereka bentuk kursus dan pakar platform e-pembelajaran. Lihat juga pereka bentuk pengajaran (ID).
reader response theoryteori respons pembacaKesusasteraanTiadaTeori moden yang memberikan fokus kepada respons pembaca berbanding teks. Tidak seperti teori Formalisme dan Kritikan Baru, teori respons pembaca menolak dakwaan bahawa pembaca memainkan peranan pasif dalam penghayatan karya. Teori respons pembaca diajukan pada tahun 1960-an hingga 1970-an. Di Amerika, teori ini dikembangkan oleh tokoh seperti Stanley fish dan Harold Bloom. Di Eropah, teori ini dikenali sebagai teori resepsi dan diketengahkan oleh beberapa tokoh seperti Wolfgang Iser, Hans Robert Jauss, Michael Riffaterre, dan David Bleich. Lihat juga komuniti interpretif, ufuk harapan.
implied authorpengarang tersiratKesusasteraanTiadaPengarang yang wujud di sebalik teks atau pengarang yang merancang dan memaknakan teks. Pengarang menghasilkan teks secara tersirat, dan hanya boleh ditanggapi oleh imaginasi pembaca melalui proses pembacaan yang berulang-ulang dan penuh penghayatan. Pengarang tersirat berbeza dengan pengarang sebenar atau narator.
plaisire de textplaisire de textKesusasteraanTiadaKeseronokan yang diperoleh melalui pembacaan terus dan mudah. Menurut Roland Barthes, teks cabar baca memberikan dua jenis keseronokan, iaitu plaisire dan jouissance. Jouissance dianalogikan dengan keseronokan seksual melalui bacaan yang mencabar serta melibatkan penghayatan karya yang tinggi dan sepenuhnya. Keseronokan jouissance juga boleh mengganggu pembaca akibat percanggahan budaya dan nilai antara teks dengan pembaca. Keseronokan plaisire kerana teks mudah dibaca, senang difahami dan kurang mencabar. Lihat juga cabar baca, mesra baca.
phenomenologyfenomenologiKesusasteraanTiadaPerspektif dan metodologi untuk menyelidik sesuatu fenomena. Fenomena berkaitan dengan sesuatu perkara yang disedari oleh kesedaran manusia secara terus tanpa anggapan a priori atau anggapan yang dibuat sebelumnya. Metodologi ini menekankan peranan kesedaran seseorang pengamat sebagi paksi. Fenomenologi merupakan gerakan falsafah awal pada abad ke-20 yang diasaskan oleh ahli falsafah jerman, Edmund Husserl (1959-1939). Menurut Husserl, objek penyiasatan falsafah yang sebenar bukanlah sekadar sesuatu yang dapat dikesan oleh deria, tetapi lebih merupakan isi kandungan kesedaran a priori seseorang tentang sesuatu. Dengan menyiasat keadaan dan proses mental dan intelektual secara terperinci, Husserl yakin bahawa sifat asas atau kesedaran seseorang atau sesuatu fenomena dapat didedahkan. Implikasinya adalah terhadap kesedaran seseorang pengamat yang merupakan punca dan pusat kepada makna dan ilmu. Dalam kritikan penghayatan karya dan penelitian sifat asas dan inti patinya. Oleh itu, kritikan sastera fenomenologi melibatkan aktiviti penghayatan karya dan penelitian sifat asas dan inti patinya. Oleh itu, kritikan sastera fenomenologi memfokuskan inti pati karya, meneliti pengalaman atau proses pembacaan, dan memberikan bagaimana inti pati tersebut mengesan kesedaran pembaca, dan tindak balas daripadanya. Oleh yang demikian, pengkritik memahami kesedaran pengarang, khususnya �struktur dalaman� pengarang itu. Justeru, dapatlah diketahui bagaimana pengarang menghayati dunianya. Fenomenologi kemudian nya dikembangkan oleh Martin Heidegger (murid Husserl) dan Hans-Georg Gadamer. Mereka meninggalkan pengaruh meluas ke arah kritikan sastera moden, khususnya dalam teori Wolfgang Iser tentang respons pembaca dan teori resepsi Robert Jauss. Fenomenologi dimanfaatkan oleh teori dan amalan pengkritik daripada Sekolah Geneva. Kesan jangka panjang fenomenologi juga terdapat dalam teori pascastrukturalisme. Fenomenologi berasal daripada perkataan Yunani fenomena yang bermaksud �benda yang muncul�. Lihat juga hermeneutika.
decorumtertibKesusasteraanPuisiPeraturan yang mesti dipatuhi ketika mencipta karya oleh seseorang penyair. Antara yang penting, tema atau persoalan puisi yang dikemukakan menimbulkan manfaat kepada kehidupan manusia atau mengemukakan nilai-nilai mumi. Gaya penyampaiannya juga tidak terlalu bersifat mengajar. Oleh itu, diperlukan penyampaian melalui kehalusan bahasa. Akhimya puisi itu memerlukan penghayatan apabila dibaca.
intertextualityintertekstualitiKesusasteraanTiadaHubung kait antara suatu teks dengan teks yang lain dalam sebarang penulisan. Konsep ini menafikan keaslian sesebuah teks kerana maksud yang tersirat dalam sesebuah karya itu sebenarnya bersumberkan teks lain. Oleh itu, sebarang karya tidak bersifat autonomi dan terbuka dari segi makna dan interpretasinya. Konsep ini secara tidak langsung meningkatkan kepentingan kritikan sastera yang kini dianggap sebagai aktiviti yang berhubung kait dengan penghayatan teks. Intertekstualiti juga membuka ruang untuk disiplin lain seperti falsafah dan psikoanalisis dalam perbincangan sastera. Contoh intertekstualiti ditemui dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Intertekstualiti juga terdapat dalam drama Puteri Hang Li Po oleh Rahmah Bujang,dan cerpen �Mahar Asmara� oleh Fatimah Busu.
12

Kembali ke atas