Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) | Pengiktirafan Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu | Pengurusan | Tiada | Kaedah untuk memberikan pengiktirafan kepada individu yang dapat membuktikan keterampilan seperti yang digariskan oleh Standard berdasarkan pengalaman dan pencapaian terdahulu. |
Hall of Fame | Balai Kemasyhuran | Kesenian | Tiada | Tempat mempamerkan segala pengiktirafan, pencapaian dan sumbangan individu terkenal/tertentu dalam sesuatu aktiviti atau bidang tertentu. |
shout-out | ucap seru | Umum | Tiada | Ucapan penghargaan, pujian atau pengiktirafan yang ditujukan kepada individu, kumpulan atau khalayak umum sama ada secara semuka atau secara langsung melalui media elektronik. |
complimentary accommodation | penginapan percuma | Pelancongan | Tiada | Penginapan tanpa caj, biasanya diberikan sebagai pengiktirafan kepada pelanggan tetap atau pelanggan berulang. |
celebrity chef | cef selebriti | Umum | Tiada | Tukang masak mahir yang telah mencapai kemasyhuran dan pengiktirafan awam. |
Wall of Fame | Dinding Kemasyhuran | Kesenian | Tiada | Dinding yang dijadikan sudut khas untuk mempamerkan segala pengiktirafan, pencapaian dan sumbangan individu terkenal/tertentu dalam sesuatu aktiviti atau bidang tertentu. |
inaugural poem | puisi inugeral | Kesusasteraan | Tiada | Syarahan atau ucapan yang disampaikan dalam bentuk puisi pada majlis pengiktirafan. Contoh: Pengucapan Kemala dalam Majlis Penganugerahan Sastera Negara. |
inequality | ketaksamaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan tidak seimbang yang wujud dalam masyarakat dari sudut pendapatan, penguasaan ekonomi, kedudukan sosial, pemilikan jawatan dan kuasa politik. Situasi ini membentuk masyarakat yang berstruktur vertikal atau menegak berasaskan angkubah tersebut. Ketidakseimbangan ini juga mempengaruhi perolehan pendapatan, pengiktirafan, masa hadapan anak-anak, hubungan sosial serta pengiktirafan sosial seseorang. Ketaksamaan boleh berlaku selari dengan kedudukan kaum atau warna kulit tetapi lazimnya merentasi sesuatu kaum melainkan sesuatu dasar seperti aparteid dilaksanakan. |
quasi-sovereign unit | unit separa berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan atau badan yang belum sepenuhnya berdaulat kerana masih tidak mendapat persetujuan antarabangsa untuk mengiktirafnya sebagai satu badan atau wilayah yang sah. Wilayah yang sedang berjuang seperti Taiwan, Chehnya dan Catalina (berdekatan Kanada) dianggap sebagai separa berdaulat. Mereka ini masih belum mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti PBB dan juga dari pemerintah pusat yang mendominasinya. |