change in manufacturing site | pertukaran tapak pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tindakan mengubah premis pengilangan suatu produk berdaftar dari premis asal produk didaftarkan ke premis yang baharu. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR) di Malaysia, kelulusan pertukaran tapak pengilangan untuk produk berdaftar diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Pemegang pendaftaran dan/atau pengilang adalah bertanggungjawab terhadap kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk-produk mereka. Terdapat lima jenis pertukaran tapak pengilangan, iaitu: i. Jenis I: pertukaran tapak premis dalam di negara; ii. Jenis II: pertukaran luar negara ke Malaysia; iii. Jenis III: pertukaran di luar negara; iv. Jenis IV: pertukaran untuk kategori khas produk; dan v. Jenis V: bagi situasi krisis. Jenis ll, lll, IV dan V, memerlukan permohonan pertukaran tapak pengilangan. |
certificate of Good Manufacturing Practice | sijil Amalan Pengilangan Baik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada premis syarikat pengilang produk selepas berjaya melalui proses permohonan dan audit pensijilan Amalan Pengilangan Baik. Sijil ini merupakan akuan dan pembuktian bahawa pengilang tersebut telah mematuhi dan mengamalkan sistem jaminan kualiti berdasarkan amalan pengilangan baik. Di Malaysia, sijil Amalan Pengilangan Baik hanya boleh diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. |
Good Manufacturing Practices (GMP) | Amalan Pengilangan Baik (APB) | Herba | Tiada | Sebahagian daripada jaminan kualiti yang memastikan produk herba dihasilkan dan dikawal menurut piawai kualiti yang sesuai serta mematuhi keperluan penguatkuasaan atau spesifikasi produk. Di Malaysia, pengilangan produk herba mestilah dilakukan dalam premis yang mematuhi APB dan mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Amalan baik dalam pengilangan merangkumi aspek premis, kawasan kerja dan penstoran, peralatan, bahan mentah, bahan pembungkusan, prosedur pengilangan, dokumentasi, ujian kawalan kualiti, kakitangan dan bahan buangan. |
control of manufacture | kawalan pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kawalan yang dikenakan ke atas pengilangan produk dan kosmetik herba untuk tujuan penjualan. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), seseorang hanya boleh mengilang sebarang produk sekiranya produk tersebut ialah produk berdaftar dan memiliki lesen yang bersesuaian dan sah. Kosmetik pula perlu dinotifikasikan, bagi membolehkan kosmetik ini dikilangkan. |
herbal quality assurance | jaminan kualiti herba | Herba | Tiada | Program pengauditan bersistem yang menggariskan tanggungjawab suatu organisasi untuk menentukan sistem, kemudahan dan prosedur bertulis adalah lengkap dan dipatuhi bagi menjamin produk dalam kawalan dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Bagi pengilangan produk herba, jaminan kualiti melibatkan aktiviti berkaitan dengan kakitangan, premis pengilangan, proses pengilangan serta pengedaran produk untuk jualan. Jaminan kualiti herba berguna untuk menjamin kualiti produk dan memberikan keyakinan kepada pengguna, di samping mematuhi keperluan peraturan. |
batch manufacturing formula | formula pengilangan kelompok | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen yang mengandungi maklumat saiz kelompok dan formula induk pengilangan kelompok sebenar yang meliputi nama bahan, jenis ramuan aktif atau eksipien, dan kuantiti setiap unit dos. |
manufacturing operation | operasi pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kegiatan penghasilan produk yang melibatkan kakitangan, proses dan peralatan. Menurut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik, operasi pengilangan hendaklah dijalankan mengikut keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. |
manufacturing process | proses pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Langkah-langkah pembuatan dari bahan mentah sehingga menjadi produk akhir. Mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), pengilangan produk herba termasuk sebarang proses pembuatan produk, pembungkusan dan penyertaan sisip produk serta pelabelan. |
manufacturing line extension | pemanjangan saluran pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Penambahbaikan operasi atau sistem dalam pembuatan produk untuk meningkatkan pengeluaran atau kualiti produk. Pemanjangan saluran pengilangan memerlukan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). |
green production | pembuatan hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pengilangan yang dapat mengurangkan penggunaan sumber asli, mengoptimumkan pemprosesan produk, mengurangkan pencemaran dan penghasilan sisa, mengamalkan kitar semula dan guna semula serta mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera. Sinonim pengilangan hijau. |