thermal scanner | pengimbas haba | Kesihatan Awam | Tiada | Alat yang digunakan untuk mengesan suhu badan individu sama ada berada dalam keadaan normal atau menunjukkan gejala jangkitan virus, seperti demam. |
scanning probe instrument | alat penduga pengimbas | Fizik | Nanoteknologi | Peranti yang menggunakan penduga halus untuk mengimej sifat fizik suatu permukaan seperti topografi, sifat elektrik, magnet dan terma, secara mengimbas permukaan sampel baris demi baris. Sifat fizik tersebut ditentukan hasil saling tindakan penduga dan bahan. Alat ini dapat mengimej butiran zarah bersaiz nanometer dan dapat digunakan juga untuk melakukan litografi, memindahkan dan menyusun nanozarah dan nanotiub. Contoh alat ini ialah mikroskop penerowongan imbasan (STM) dan mikroskop daya atom (AFM). Lihat juga mikroskopi penduga imbasan, litografi penduga imbasan. |
scanning capacitance microscope (SCAM) | mikroskop kapasitans pengimbasan (SCAM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Sejenis pengimbas kuar mikroskop (SPM) yang menggunakan kuar elektrod untuk menganalisis sampel dengan cara meletakkan kuar elektrod bersentuhan atau berdekatan dengan permukaan sampel. Maklumat sampel diperoleh melalui perubahan elektrostatik kapasitans di antara permukaan kuar elektrod. |
spin-polarized tunneling component | komponen penerowongan spin terkutub | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Komponen khusus pada pengimbas mikroskopi terowong (STM), yang berfungsi untuk memberikan maklumat terperinci tentang fenomena magnet sampel. |
scanning near-field thermal microscope (SNTM) | mikroskop pengimbasan medan dekat terma (SNTM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Pengimbas mikroskop yang digunakan untuk memetakan suhu setempat dan kekonduksian terma antara muka. Kuar pada mikroskop ini peka terhadap suhu setempat seperti termometer pada skala nano. |
Everhart-Thornley detector (ETD) | pengesan Everhart-Thornley (ETD) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat yang digunakan oleh mikroskop pengimbas elektron (SEM) untuk mengesan elektron sekunder dan elektron serak balik. |
bar code | kod jalur | - | Tiada | Jalur-jalur tegak berwarna gelap di dalam petak segi empat yang dicetak pada buku, majalah, jurnal dan bahan penerbitan yang lain untuk dibaca oleh mesin pengimbas bagi memberikan maklumat tentang bahan penerbitan tersebut. |
automated data collection | pengumpulan data terautomasi | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang membolehkan data dibaca, dirakam dan dikumpulkan secara automatik melalui sistem suara, pengenalan frekuensi radio (RFID), pengecaman aksara optik (OCR), pengimbas dan seumpamanya. Dalam bidang perubatan, sistem ini memberikan data yang penting terhadap keadaan pesakit melalui peralatan perubatan, mengubah data tersebut dalam format yang piawai, dihantar terus ke sistem rekod perubatan elektronik, dan menyediakan antara muka yang selamat bagi memantau rekod pesakit. Lihat juga tangkapan data automatik (ADC), pengenalan automatik (AutoID), tangkapan data dan pengenalan automatik (AIDC). |
pregnancy diagnosis | diagnosis kebuntingan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah yang digunakan untuk mengetahui status kebuntingan haiwan. Pelbagai teknik mendiagnosis kebuntingan pada haiwan boleh dilakukan seperti pempalpatan rektum, pengukuran aras hormon, pengukuran aras protein awal kebuntingan dan pemeriksaan menggunakan pengimbas ultrabunyi. Penentuan kebuntingan pada peringkat awal haiwan amat penting dalam pengurusan haiwan. |
microarray analysis | analisis mikrotatasusunan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah untuk mengenal pasti tahap pengekspresan gen dengan melihat status gen tersebut, sama ada terekspresi atau pun tidak. Pengekspresan gen adalah melalui pengekspresan mRNA yang dibezakan melalui perwakilan pewarna hijau dan merah. Kebiasaannya pewarna hijau mewakili sel sihat, sementara pewarna merah mewakili sel berpenyakit atau sel kanser. Pengimbas mikrotatasusunan digunakan untuk melihat corak pengekspresan gen tersebut. Corak tompok hijau mewakili pengekspresan gen sihat, tompok merah mewakili pengekspresan gen kanser dan tompok kuning mewakili kedua-dua hijau dan merah, iaitu berlakunya aktiviti penghibridan. Kawasan hitam pula merujuk kepada gen yang tidak terekspres. Lihat juga bioinformatik mikrotatasusunan. |