magnetic resonance imaging (MRI) | pengimejan resonans magnet (MRI) | Fizik | Nanoteknologi | Teknik pengimejan digital komputer yang berasaskan tindak balas denyutan pendek gelombang radio ke atas medan magnet bagi menghasilkan imej struktur atau tisu biologi. Apabila denyutan gelombang radio bertindak ke atas tisu, proton akan teruja dan seterusnya mengalami penyantaian yang tenaganya dapat diukur, yang nilainya berkadaran dengan ketumpatan proton dalam tisu. Teknik ini berguna untuk mengesan barah, malah lebih selamat digunakan berbanding penggunaan sinar-X atau sinar gama. Kebanyakan mesin MRI mempunyai kekuatan medan magnet dalam julat 0.3 - 3 Tesla. Mesin MRI dengan kekuatan sehingga 9 Tesla pula hanya sesuai dalam penyelidikan bahan magnet. Teknik ini juga dikenali sebagai Tomografi Resonans Magnet atau dalam bidang kimia sebagai Resonans Magnet Nuklear (NMR). |
digital imaging and communications in medicine (DICOM) | pengimejan digital dan komunikasi dalam perubatan (DICOM) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Protokol rangkaian lapisan aplikasi untuk penghantaran imej perubatan, bentuk gelombang dan maklumat yang berkaitan. DICOM pada asalnya dibangunkan oleh National Electrical Manufacturers Association dan American College of Radiology untuk mengimbas tomografi paksi berkomputer (CAT) dan pengimejan resonans magnetik (MRI) imej. DICOM dikawal selia oleh Jawatankuasa Standard dan menyokong pelbagai imej perubatan merentasi bidang radiologi, kardiologi, patologi dan pergigian. DICOM juga menggunakan protokol kawalan penghantaran atau protokol Internet sebagai protokol lapisan pengangkutan lebih rendah. |
penumbra | penumbra | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Bayangan luar separa gelap yang terbentuk pada filem radiografi industri apabila objek disinari dengan sinaran. Penumbra turut dikenali sebagai ketaktajaman geometri (μg) yang disebabkan oleh penetapan teknik radiografi. Saiz penumbra dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti saiz sumber sinaran, jarak daripada sumber sinaran ke media pengimejan, dan jarak dari objek ke media pengimejan. Untuk mendapatkan saiz penumbra yang optimum berdasarkan piawai, perkara-perkara yang berikut perlu dilakukan, iaitu: (i) Gunakan sumber sinaran dengan saiz titik fokus yang kecil, (ii) Tingkatkan jarak sumber sinaran dengan media pengimejan, (iii) Rapatkan objek dengan media pengimejan. Sinonim ketaktajaman. |
radiographic film | filem radiografi | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Media pengimejan yang digunakan untuk merekodkan imej bahan selepas bertindak balas dengan sinar pengionan. Filem radiografi terdiri daripada tiga lapisan, iaitu lapisan pelindung, lapisan emulsi dan lapisan dasar. Imej radiografi terbentuk pada awalnya di lapisan emulsi yang dikenali juga sebagai imej terpendam. Imej ini diproses secara tindak balas kimia, dan menghasilkan imej radiografi. |
helium ion microscopy (HIM) | mikroskopi ion helium (HIM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah pengimejan yang menggunakan pancaran ion helium untuk menghasilkan elektron sekunder. |
magnetic resonance force microscopy | mikroskopi daya resonans magnet | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah pengimejan bahan yang menggunakan resonans magnetik pada skala nanometer. |
scanning electron microscope (SEM) | mikroskop elektron pengimbasan (SEM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat pengimejan untuk menghasilkan imej sampel dengan mengimbas permukaan menggunakan alur elektron yang terfokus, menghasilkan pelbagai isyarat yang mengandungi maklumat topografi permukaan, saiz dan bentuk sampel |
transmission electron microscope (TEM) | mikroskop elektron penghantaran (TEM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat pengimejan yang digunakan untuk mencirikan morfologi (saiz dan bentuk) sampel. Pancaran elektron dihantar ke sampel membentuk imej. |
piezoresponse force microscopy (PFM) | mikroskopi daya piezogerak balas (PFM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah pengimejan bahan piezoelektrik/ferroelektrik yang menggunakan alat jenis mikroskop daya atom (AFM). |
cryo scanning electron microscope | mikroskop elektron pengimbasan krio | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat yang digunakan untuk pengimejan morfologi permukaan sampel yang mengandungi kelembapan tanpa menyebabkan sampel tersebut kering. Contoh sampel ialah tisu dan darah manusia. |