Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.sar] | ڤڠيسر

Definisi : 1. alat utk mengisar, penggilingan: ~ padi; gigi ~ gigi utk menghancurkan (melumatkan) makanan; 2. orang yg mengisar (padi dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngi.sar] | ڤڠيسر

Definisi : 1 alat utk mengisar (kopi, gandum dll). 2 orang yg mengisar (padi, gandum dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kisar
Kata Terbitan : berkisar, berkisarkan, mengisar, terkisar, kisaran, perkisaran, pengisaran, pengisar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cutter millpengisar potongFarmasiFarmaseutikPeralatan yang digunakan untuk mengecilkan saiz partikel bahan dengan menggunakan bilah. Contohnya bahan berserat dan granul kering. Dalam pengisar terdapat satu set bilah yang bercantum pada rotor dan satu set bilah lain yang dilekatkan pada badan pengisar. Pengisar ini menggunakan kaedah pemotongan. Lihat juga pemotongan.
vibration millingpengisar bergetarFarmasiFarmaseutikPeralatan bergetar yang digunakan untuk mengecilkan saiz partikel dengan menggunakan bebola besi. Bahan yang dikecilkan biasanya bersifat rapuh. Contohnya, bahan berhablur seperti garam batuan dan gula batu. Pengisar ini menggunakan kaedah hentaman. Lihat juga pengisar bebola, pengisar tetukul, penghentaman.
ball millpengisar bebolaKejuruteraanKejuruteraan BangunanPengisar yang menghancurkan bahan dengan menggunakan putaran tong bersama bebola keluli. Pengisar bebola digunakan juga untuk mengisar bahan simen.
hammer millpengisar tetukulFarmasiFarmaseutikPeralatan yang digunakan untuk mengecilkan saiz partikel dengan menggunakan tukul. Dalam pengisar terdapat satu set penukul yang bercantum pada rotor dan yang bergerak pada kelajuan yang tinggi. Terdapat pengayak bersaiz tertentu pada dasar pengisar yang akan menapis serbuk yang terhasil. Contohnya, bahan berhablur seperti garam batuan dan gula batu. Pengisar ini menggunakan kaedah hentaman. Lihat juga penghentaman.
grinderpencanaiKejuruteraanKejuruteraan KimiaAlat pengurang saiz ketulan pepejal menjadi serbuk yang boleh jerlus tapis 200 mesy dan serbuk pertengahan (yang boleh jerlus tapis 40 mesy) selepas melalui penghancur. Unit ini menghancurkan ketulan pepejal dengan menggunakan hentakan atau geseran serentak dengan mampatan. Pencanai jenis ini termasuk pengisar tukul, pengisar geseran, dan pengisar berputar.
millpengisar; kilangPentadbiran PerniagaanTiadaPengisar: Alat atau mesin untuk mengisar.,Kilang: Binaan yang dilengkapi jentera untuk membuat atau memproses barang-barang.
coffee millpengisar kopiSosiologiTiadaPengisar kopi: Alat untuk mengisar biji kopi yang telah dibakar sehingga halus.
blenderpengadun; pengisarSosiologiSosiologi Agama1. Pengisar: Alat untuk mengisar atau menghancurkan bahan-bahan masakan atau makanan. 2. Seseorang yang mengendalian kerja mengisar.
gastric millpengisar gastrikBiologiHistologi dan SitologiAlat pengisar di dalam farinks atau perut invertebrat tertentu, yang terdiri daripada plat kapur atau kitin.
fluid energy millpengisar tenaga bendalirKejuruteraanKejuruteraan KimiaPengisar untuk pengurangan saiz pepejal bersaiz kurang daripada 12 inci yang beroperasi dengan mengapungkan pepejal ke dalam arus gas berhalaju tinggi di dalam saluran berbentuk elips atau bulatan supaya pepejal berlaga antara satu sama lain dan juga dengan dinding saluran. Dengan ini, pepejal tersebut dihancurkan dari saiz � inci ke saiz � - 10 mikron.
12345678910...

Kembali ke atas