Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.klon] | ڤڠکلون

Definisi : orang, pihak dsb yg membuat atau menghasilkan klon: ~ telefon selular. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengklon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cloneklonSains ForensikTiada1. Kumpulan sel atau organisma yang dihasilkan melalui pembahagian aseksual sel induk secara berulangan. 2. Replika jujukan DNA yang seiras yang dapat dihasilkan melalui pengantara pengklon dan manipulasi gen. 3. Proses menghasilkan replika jujukan DNA yang mencukupi daripada sumber yang sedikit supaya maklumat genetik dapat dikaji dengan lebih lanjut dalam kajian forensik atau penyakit.
plasmidplasmidBioteknologiTiadaMolekul bulat DNA yang membawa 1% - 3% genom sel dan mengekod beberapa ciri genetik penting yang tidak dikod oleh kromosom bakteria. Dalam manipulasi gen, plasmid digunakan sebagai alat pengklon atau vektor untuk memasukkan DNA asing ke dalam sel perumah.
synthetic plasmidplasmid buatanBioteknologiTiadaMolekul bulat DNA yang terbina daripada replika dan satu jujukan gen DNA atau lebih. Molekul yang mempunyai susunan gen yang berbeza daripada plasmid jenis liar ini digunakan sebagai alat pengklon.
cloneklonBioteknologiTiadaOrganisma yang serupa secara genetik kerana dihasilkan atau dibiakkan melalui proses aseks atau seks dengan pembiakbakaan warisan tulen induknya. Pada kultur sel, klon merujuk kepada populasi sel daripada induk tunggal, manakala dalam biologi molekul, klon bermaksud salinan berganda jujukan DNA yang seiras dan dapat dihasilkan dengan memasukkannya ke dalam perantara pengklon, seperti plasmid, dan bereplikasi dengan menggunakan manipulasi gen.

Kembali ke atas