Clonal material | Bahan klonal | Pertanian | Agronomi | Bahan tanaman yang terhasil daripada pengklonan pokok yang dipilih dan mempunyai ciri istimewa. Bahan klon dihasilkan sama ada melalui pembiakan vegetatif seperti cantuman tunas atau kultur tisu. Bahan klon biasanya diberikan kod untuk pengenalan bagi sesuatu klon tersebut. Contohnya, bahan klon durian (D) yang popular di Malaysia termasuk D2, D10 dan D24, masing-masing mempunyai ciri yang tersendiri.Tumbuhan yang terhasil daripada pengklonan pokok yang terpilih disebabkan ciri-ciri istimewa yang terdapat pada pokok itu. Bahan klon dihasilkan melalui pembiakan vegetatif seperti cantuman tunas atau kultur tisu. Biasanya bahan klon diberi nama untuk pengenalan klon itu, contohnya bahan klon durian yang popular di Malaysia termasuk D2, D10 dan D24, masing-masing mempunyai ciri tersendiri. |
cloning | pengklonan | Psikologi | Tiada | Tiada |
cloning | pengklonan | Botani | Tiada | Proses pembiakan secara vegetatif atau aseks untuk memperoleh populasi tanaman yang seragam dan mempunyai keseragaman genetik dengan pokok induk asalnya. |
gene cloning | pengklonan gen | Biologi | Genetik | Proses pembentukan organisma seiras secara genetik yang mengandungi molekul DNA rekombinan. Organisma yang dihasilkan berupaya dibiak dan tumbuh dengan banyak. Proses ini digunakan untuk mengamplifikasi molekul DNA rekombinan yang dibawa. |
gene cloning | pengklonan gen | Bioteknologi | Tiada | Kaedah manipulasi gen secara in vitro. Dalam kaedah ini, gen daripada organisma tertentu dikerat, dimasukkan ke dalam DNA bakteria atau virus melalui vektor dan diklonkan. Proses ini diikuti oleh pengekspresian gen yang dikawal berdasarkan haploid hasil yang terbentuk pada bakteria atau virus tersebut. |
molecular cloning | pengklonan molekul | Bioteknologi | Tiada | lih. manipulasi gen. |
cloning vector | vektor pengklonan | Biologi | Genetik | lih. vektor. |
cosmid | kosmid | Biologi | Genetik | Vektor pengklonan DNA yang terdiri daripada plasmid yang mengandungi jujukan cos lambda dan boleh membawa selitan sebesar 37-52 kb. |
insertional vector | vektor penyisipan | Bioteknologi | Tiada | Alat pengklonan yang memasukkan DNA asing, tetapi tidak menghilangkan jujukan DNA asal. |
charon phages | faj caron | Biologi | Genetik | Sekumpulan bakteriofaj yang digunakan sebagai vektor pengklonan DNA. |