Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.kom.pu.te.ran] | ڤڠکومڤوترن

Definisi : perihal (kerja, proses, dsb) mengkomputerkan (maklumat dsb), penggunaan alat atau sistem komputer utk pelaksanaan sesuatu atau dlm pengurusan sesuatu, komputerisasi; ~ agensi-agensi kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.kom.pu.te.ran] | ڤڠکومڤوترن

Definisi : proses dsb mengkomputerkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengkomputeran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
amorphous computingpengkomputeran amorfusFizikNanoteknologiPengkomputeran yang berasaskan bilangan peranti ringkas yang geriak (terlalu banyak) sebagai ganti kepada bilangan kecil mikropemproses megalitik. Setiap peranti hanya dapat menjalankan beberapa kerja mudah dan boleh gagal tanpa menjejaskan sistem keseluruhan. Algoritma adalah rumit dan direka bentuk dengan mengambil kira keterbatasan kemampuan setiap unsur serta kemungkinan kegagalan unsur tersebut. Sinonim pengkomputeran geriak.
swarm computingpengkomputeran geriakFizikNanoteknologiLihat pengkomputeran amorfus.
computational molecular biologybiologi molekul pengkomputeranBioinformatikBioinformatik MolekulBidang antara disiplin, yang membangun dan menggunakan kaedah pengkomputeran untuk menganalisis himpunan besar data molekul. Bidang ini bertujuan untuk membuat ramalan baru atau penemuan biologi baru.
quantum computingpengkomputeran kuantumFizikNanoteknologiBidang ilmu yang menumpu kepada pembinaan teknologi komputer yang berasaskan prinsip teori kuantum. Teknologi ini mempunyai kelebihan kuasa pemprosesan yang tinggi melalui keupayaan untuk berada dalam keadaan kuantum berbilang dan melaksanakan pengoperasian menggunakan kebarangkalian pilih atur secara serentak.
pervasive computingpengkomputeran rebakFizikNanoteknologiAliran ke arah memperluas penggunaan komputer untuk mengantara muka pelbagai peranti elektronik dalam persekitaran menerusi teknologi tanpa wayar. Peranti ini bersaiz kecil atau tidak kelihatan, sama ada dalam bentuk boleh alih atau ditanam dalam kebanyakan objek seperti kereta, peralatan am, peralatan rumah, pakaian, dan pelbagai barangan.
computing entailmentpengkomputeran kesimpulanTeknologi MaklumatTiadaTeknik menguji hubungan logik usulan antara dua penyataan atau lebih.
spatial computingpengkomputeran reruangTeknologi MaklumatTiadaGabungan dunia digital dan fizikal dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan, realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR) untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer.
computational pharmacologyfarmakologi pengkomputeranBioinformatikBioinformatik Molekul-
secured government cloud computingpengkomputeran awan kerajaan selamatTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTiada
computational structural genomicsgenomik berstruktur pengkomputeranBioinformatikBioinformatik Molekul-
123

Kembali ke atas