Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.kul.tu.ran] | ڤڠکولتورن

Definisi : proses atau perbuatan meng­kultur: serum merupakan suatu bahan penting dlm ~ sel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.kul.tu.ran] | ڤڠکولتورن

Definisi : proses atau perbuatan mengkultur: Serum merupakan suatu bahan penting dlm ~ sel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengkulturan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
culturalismpengkulturanGeografiTiadaTiada
streakcoretanBiologiMikrobiologiKaedah pengkulturan dengan cara mencoretkan bakteria pada medium pepejal. Bakteria yang tersebar akan tumbuh sebagai koloni terpencil, dan mudah untuk dikaji selanjutnya.
hydroponicshidroponikBioteknologiTiadaTeknik pengkulturan atau pertumbuhan dalam medium cecair yang kaya dengan zat pemakanan, tanpa tanah. Di negara beriklim sejuk, teknik ini digunakan untuk menghasilkan secara besar-besaran tumbuh-tumbuhan pendek-siang, misalnya tomato.
pollen culturekultur debungaPertanianAgronomi

Pembiakan atau pengkulturan  sel-sel dari debunga  menggunakan medium sintetik.Setiap debunga mempunyai satu set kromosom, dan setiap anak tumbuhan mempunyai sel haploid. Kromosom ini boleh digandakan dengan menggunakan kolkisin untuk menghasilkan tumbuhan yang homozigus.

cell strainstrain selBiologiGenetikSel yang diperoleh daripada pengkulturan sel.
batch culturekultur sekelompokBioteknologiTiadaBentuk mudah dalam sistem pengkulturan yang mempunyai isi padu medium cecair yang tetap. Medium itu kemudiannya diinokulasi dan dieramkan dalam suatu jangka masa. Sel hidup daripada inokulasi ini terdedah kepada perubahan mengikut perubahan persekitaran. bd. kultur selanjar.
monoclonal antibodyantibodi monoklonBioteknologiTiadaAntibodi yang terhasil secara pengkulturan jenis sel tunggal, dan dengan itu mengandungi spesies tunggal molekul imunoglobulin. Warisan dihasilkan melalui pertaupan sel tersebut dengan sel mieloma yang berupaya menghasilkan antibodi dan mengekalkan pembahagian dan pertumbuhan. bd. antibodi poliklon.
tissue culturekultur tisuHerbaFitokimiaJasad tisu yang tumbuh dalam medium pengkulturan berzat di luar organisma. Contohnya, bahagian daripada pucuk atau akar tumbuhan boleh dikultur dalam medium yang sesuai untuk menghasilkan pertumbuhan sel baru sama ada dalam bentuk ampaian atau kalus. Kaedah ini boleh digunakan untuk kajian pemahaman biosintesis atau metabolisme sesuatu sebatian, di samping digunakan untuk menghasilkan lebih banyak anak pokok dalam masa yang singkat.
plug flow culturekultur aliran palamBioteknologiTiadaKaedah yang diugnakan untuk merangsang pengkulturan sekelompok dalam sistem terbuka. Dalam sistem ini, inokulum dan medium disatukan dan dimasukkan ke dalam bejana tubul tanpa percampuran. Kultur akan mempunyai masa penempatan yang sama untuk lalu menerusi bejana fermentasi. Kaedah ini sering dilakukan dalam pengolahan sisa buangan industri atau rumah.
secondary screeningpenyaringan sekunderBioteknologiTiadaPenyaringan semula dengan menggunakan medium atau keadaan pengkulturan khusus yang membolehkan strain-strain berpotensi mengekspresikan ciri genetik tertentu ke arah pembentukan hasil yang penting dalam jumlah yang tinggi. Penyaringan ini dilakukan untuk meneliti aktiviti menarik yang terdapat pada mikroorganisma yang dipilih daripada penyaringan primer.
123

Kembali ke atas