Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngok.si.da.an] | ڤڠوکسيداءن

Definisi : perbuatan mengoksidakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengoksidaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oxidation numbernombor pengoksidaanKimiaKimia AnalisisBilangan elektron yang perlu ditambah kepada kation atau disingkirkan daripada anion untuk mendapatkan atom neutral. Misalnya, dalam natrium klorida, nombor pengoksidaan bagi natrium ialah + 1 dan bagi klorin, nombor pengoksidaannya ialah – 1. Nombor pengoksidaan juga disebut keadaan pengoksidaan.
antioxidantantioksidanPerikananAkuakulturBahan yang dapat melambatkan proses pengoksidaan lemak atau minyak. Contohnya, hidroksitoluena berbutil (BHT) dan hidroksianisol berbutil (BHA) yang kebiasaannya digunakan untuk melambatkan proses pengoksidaan bahan lemak di dalam makanan ikan atau udang.
oxidationpengoksidaanKimiaKimia AnalisisTindak balas yang melibatkan penggabungan oksigen dengan bahan lain atau tindak balas yang melibatkan penyingkiran hidrogen daripada sesuatu bahan atau penyingkiran elektron daripada atom unsur.
autooxidationautooksidasi/pengoksidaanSains KesihatanTiadaProses oksidasi yang berlaku pada bahan kimia akibat pendedahan kepada udara.
photo-oxidationpengoksidaan fotoTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses tindak balas kimia yang melibatkan oksigen atau ozon yang diaruh oleh tenaga sinaran, contohnya cahaya dan sinaran ultraungu.
oxidation-reduction indicatorpenunjuk pengoksidaan-penurunanKimiaKimia Analisislih. penunjuk redoks.
patinapatinaKesenianHiasan DalamanKesan proses pengoksidaan tembaga dan aloi yang menyebabkan tembaga tersebut menjadi kehijau-hijauan atau keperang-perangan. Patina boleh dikaitkan dengan corak perabot yang berkilau, hasil daripada penuaan dan pengilatan yang kerap. Patina merupakan salah satu ciri yang melambangkan pemeliharaan dan pemuliharaan perabot berkonsep antik.
xanthine oxidasexantina oksidaseHerbaTiadaSesuatu enzim flavoprotein pemangkin pengoksidaan purina tertentu yang menghasilkan asid urik dan menyumbang kepada penyakit gout dan batu karang. Terdapat beberapa herba seperti kacip fatimah dan misai kucing yang boleh merencat aktiviti enzim ini.
citric acid cyclekitaran asid sitrikKejururawatanTiadaPeringkat terakhir dalam pengoksidaan karbohidrat, lemak dan protein. Kitaran kompleks ini berlaku dalam sel haiwan hidup, melibatkan tindak balas yang dimangkinkan oleh enzim untuk menghasilkan tenaga dalam bentuk ATP dan karbon dioksida.
antioxidantbahan antioksidaHerbaTiadaHerba yang digunakan untuk melawan kesan negatif akibat pengoksidaan dan pengumpulan radikal bebas pada tisu badan. Contoh herba ini ialah pegaga, kunyit, daun kaduk dan ulam-ulaman.
123

Kembali ke atas