Istilah Bahasa Melayu
takaful coverage | perlindungan takaful | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perkhidmatan yang perlu diambil oleh pihak tertentu untuk menghadapi musibah. Keperluan ini mungkin wujud berdasarkan kesedaran pihak tertentu atau berdasarkan penguatkuasaan undang-undang. Contohnya, pelan takaful keluarga dan takaful cermin kenderaan merupakan perlindungan yang dilakukan atas kesedaran sendiri, manakala contoh perlindungan takaful berdasarkan penguatkuasaan undang-undang ialah takaful motor pihak ketiga dan takaful gadai janji. Perolehan perlindungan berbentuk manfaat akan diberikan kepada peserta, waris atau gantian harta. |
enforcement of law | penguatkuasaan undang-undang | Undang-undang | Tiada | Tiada |
guaranteed fund | dana terjamin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dana yang ditubuhkan berikutan penguatkuasaan undang-undang dan dibiayai oleh levi daripada syarikat insurans yang beroperasi di negara berkenaan. Dana ini digunakan untuk membayar tuntutan insurans ke atas insurer yang bankrap. |
criminalistics | kriminalistik | Sains Forensik | Tiada | Bidang ilmu yang menggunakan prinsip sains bagi tujuan perundangan dan penguatkuasaan undang-undang. Bidang ini melibatkan pengumpulan, analisis dan penilaian bahan bukti fizikal dalam kes jenayah. |
water pollution control | kawalan pencemaran air | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah untuk menyelenggara dan mencapai kualiti air yang diingini termasuk pengawasan dan penguatkuasaan undang-undang. |
enforcement action | tindakan penguatkuasaan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan bukan ketenteraan atau menggunakan ketenteraan yang diambil oleh masyarakat antarabangsa di bawah Bab VII Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap negara yang mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa. Contoh tindakan bukan ketenteraan termasuklah gangguan hubungan ekonomi dan komunikasi, dan pemutusan hubungan diplomatik. Contoh tindakan menggunakan ketenteraan ialah melancarkan perang terhadap negara penceroboh. |
arbitration award | award timbang tara | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Keputusan tribunal timbang tara bagi menyelesaikan sesuatu pertikaian atau menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang bertikai. Keputusan yang dibuat oleh tribunal timbang tara ini adalah muktamad dan akan mengikat pihak yang bertikai. Penguatkuasaan sesuatu award timbang tara bergantung pada jenis timbang tara. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, bagi timbang tara antara negara contohnya, penguatkuasaannya tidak mempunyai prosedur yang tertentu. Bagi timbang tara komersial antarabangsa pula, keputusan tribunal boleh dikuatkuasakan menerusi mahkamah domestik. Award timbang tara antara negara juga tidak muktamad kerana ia boleh dikaji semula, diperbetul atau dibatalkan dengan cara membawanya semula ke tribunal timbang tara atau Mahkamah Keadilan Antarabangsa, bergantung pada perjanjian timbang tara. Award timbang tara komersial antarabangsa pula adalah muktamad, kecuali menjadi sebaliknya berdasarkan peraturan timbang tara yang mengawal selia sesuatu prosiding timb |
enforcement powers | kuasa penguatkuasaan | Undang-undang | Tiada | Kuasa yang diberikan kepada sesuatu pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang atau peraturan. |
enforcement | penguatkuasaan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
enforcement actions | tindakan penguatkuasaan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close