money laundering | pengubahan wang haram | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perlakuan mengubah wang yang diperoleh secara menyalahi undang-undang kepada wang yang seolah-olah diperoleh secara sah. Jenayah ini bertujuan untuk menyembunyikan asal usul wang yang diperoleh secara tidak sah. Jenayah ini biasanya dilakukan dengan cara memindahkan wang secara kompleks menerusi bank atau transaksi perdagangan. |
reputation laundering | pengubahan reputasi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Proses menyembunyikan tindakan rasuah sama ada yang terdahulu atau semasa yang dilakukan oleh seseorang individu atau sesuatu pihak dengan mempamerkan watak dan tingkah laku yang positif bertujuan untuk meningkatkan reputasi dan mengaburkan sejarah mereka. |
conversion of property | pengubahan harta | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
alteration works | kerja pengubahan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
cheque alteration and forgery insurance | insurans pemalsuan dan pengubahan cek | insurans | Tiada | Satu daripada dua jenis polisi. Pertama, polisi pemalsuan perdagangan yang digunakan oleh firma-firma selain daripada bank. Kedua, polisi pemalsuan deposit untuk melindungi insured dan banknya. |
Salami attack | serangan Salami | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan ke atas data integriti dalam komputer melibatkan pengubahan nilai mutlak data dengan menyalahgunakan kelemahan dalam sistem penomboran yang dikenali sebagai ralat pembundaran. Sekiranya suatu nombor yang mempunyai titik perpuluhan yang banyak diringkaskan menjadi nombor bertitik perpuluhan yang banyak diringkaskan menjadi bertitik perpuluhan kecil seperti 31.51163 ditukar menjadi 31.51, proses pembundaran akan mencantas nilai digit kecil pada titik perpuluhan yang tidak digunakan seperti 0.00163 dicantas. Sekiranya percantasan nilai ini tidak diambil kira oleh sistem, maka ralat pembundaran akan berlaku. Serangan ke atas data yang menggunakan teknik Salami akan mengumpul semua nilai digit kecil yang tercantas tadi ke dalam satu ruang simpanan tersembunyi. Apabila proses pengumpulan ini dilakukan berulang kali, maka jumlah nilai yang tersimpan dalam ruang simpanan akan meningkat dengan banyak. Teknik Salami sering digunakan dalam serangan ke atas sistem kewangan, perakaunan atau perbankan. Proses mengikis nilai yang sangat kecil daripada setiap urus niaga adalah umpama pengikisan kepingan daging Salami. |
academic fraud | penipuan akademik | Pendidikan | Tiada | Suatu bentuk penipuan secara sengaja dalam bidang pendidikan seperti pemalsuan data, pengubahan dokumen akademik dan penyelewengan kajian penyelidikan. |
illicit income | pendapatan terlarang | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti dan sumber yang menyalahi undang-undang. Contohnya, pendapatan daripada aktiviti penipuan, pengubahan wang haram, perjudian, penyeludupan dan sebagainya. |
replay attack | serangan ulangan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan ke atas rangkaian yang menyebabkan data yang dihantar oleh pengguna melalui rangkaian dipintas dan dihantar semula secara tidak sah oleh pengguna hasad. Serangan ini bertujuan untuk penyamaran atau pengubahan data. Penyamaran ulangan melibatkan paket data yang mengandungi kata laluan seseorang pengguna boleh dipintas dari rangkaian oleh pengguna hasad. Setelah pemintasan, pengguna hasad boleh melawati laman yang dikunjungi pengguna sebenar dan mengulangi penghantaran paket tersebut untuk mensimulasikan kemasukan kata laluan. Contoh variasi serangan ulangan untuk perubahan data pula ialah fenomena yang berlaku dalam urus niaga perbankan apabila paket urus niaga deposit wang ke dalam suatu akaun dipintas. Paket data yang sama boleh diulang berkali-kali untuk mensimulasikan deposit wang yang berterusan. Banding serangan aktif dan serangan pasif. |
secret society | kongsi gelap | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sekumpulan individu atau organisasi yang tidak sah dengan kepimpinan yang dikenal pasti, yang melakukan sesuatu aktiviti yang menyalahi undang-undang. Contohnya, kongsi gelap yang terlibat dengan aktiviti jenayah seperti gengsterisme, perjudian dan pengubahan wang haram. |