Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.da.ra.an] | ڤڠوداراءن

Definisi : perihal menggantikan udara lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.da.ra.an] | ڤڠوداراءن

Definisi : perihal atau perbuatan mengudarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengudaraan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ventilatory assistancebantuan ventilasiKesihatan AwamTiadaBantuan pengudaraan (pengudaraan buatan) biasanya menggunakan kaedah mekanikal untuk membantu atau menggantikan cara pernafasan biasa.
ventilationpengudaraanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
ceiling outletpembaur silingKesenianHiasan DalamanPenyebar udara yang dilekatkan di dalam ruang siling. Biasanya digunakan untuk pengudaraan udara ke atas zon yang diduduki.
bioturbationbiokacauanSains MarinTiadaGangguan terhadap lapisan sedimen yang disebabkan oleh aktiviti organisma hidup, terutamanya organisma penggerek dan penggali seperti cacing poliketa, timun laut dan ikan pari. Biokacauan melibatkan pergolakan dan percampuran lapisan- lapisan sedimen, yang seterusnya menyebabkan perubahan pada sifat sedimen seperti tekstur, keadaan pengudaraan, pengoksidaan, liang dan irigasi sedimen. Biokacauan penting kepada ekologi kawasan bentik kerana mewujudkan ruang (spatial) baharu yang boleh dikolonisasikan semula oleh berbagai-bagai spesies bentos. Selain itu, peningkatan pengudaraan dan irigasi sedimen membolehkan organisma bentos meneroka lebih jauh ke dalam sedimen.
palletpaletHerbaTiadaPlatform mudah alih yang dibuat daripada kayu dan digunakan sebagai alas untuk meletakkan atau mengangkut bungkusan bahan mentah dan sediaan herba pukal. Di kawasan penstoran, penggunaan palet ini boleh membantu pengudaraan sewaktu penyimpanan bahan mentah dan sediaan herba pukal bagi mengelakkan kemerosotan kualitinya dan memudahkan kerja pembersihan.
hurricanetaufanSains MarinTiadaRibut tropika yang berputar laju, kerap terjadi di Lautan Atlantik dan timur laut Lautan Pasifik. Ribut ini mempunyai ciri-ciri seperti kawasan titik tengah yang bertekanan rendah, suatu ruang pengudaraan tertutup yang mempunyai tekanan atmosfera rendah dan ribut petir yang menyebabkan hujan lebat. Taufan sering berlaku di kawasan jasad air, secara relatifnya bersuhu tinggi yang menjana tenaga daripada penyejatan air di permukaan laut dan mengalami penyejatan serta berubah bentuk kepada awan serta hujan apabila udara lembap naik ke atas dan menyejuk sehingga tepu.
dry rotreput keringKesenianHiasan DalamanKeadaan yang terjadi pada kayu, gentian, tekstil atau permaidani akibat serangan mikroorganisma. Keadaan ini dapat dikenal pasti melalui kehilangan kekuatan serta sifat asal bahan tersebut. Reput kering pada permukaan belakang permaidani menyebabkannya mudah koyak dan rosak. Bahan daripada jut lebih mudah rosak berbanding bahan sintetik lain. Pereputan pada kayu disebabkan oleh kelembapan dan kurangnya pengudaraan. Sekiranya hujung kayu dibina terlalu dekat dengan dinding atau menggunakan pengikat besi di hujung kayu, kayu tersebut mungkin diserang oleh reputan, walaupun diawet dengan baik.

Kembali ke atas