testing record | rekod pengujian | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Rekod uji kaji atau penilaian kualiti dan keselamatan produk. Menurut Garis Panduan Amalan Pengilangan Baik Ubat Tradisional dan Tambahan Kesihatan, rekod pengujian perlu disimpan setahun selepas tamat tarikh luput sesuatu kelompok produk. |
Non-destructive Testing (NDT) | ujian tanpa musnah (NDT) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Pengujian sains dan teknologi menggunakan kaedah tertentu untuk menguji bahan, komponen, dan sistem dengan cara tidak merosakkan objek yang diuji. Terdapat lima kaedah pengujian yang lazim digunakan dalam industri, iaitu ujian radiografi (RT), ujian ultrasonik (UT), ujian penembus (PT), ujian partikel bermagnet (MT), dan ujian arus pusar (ET). Tujuan pengujian ini digunakan adalah untuk mengesan, menentukan kedudukan, mengukur, mentafsir dan menilai sesuatu kecacatan pada objek agar objek tersebut sesuai digunakan mengikut aplikasinya. Lihat juga ujian radiografi, ujian ultrasonik, ujian penembus, ujian partikel bermagnet, ujian arus pusar. |
mass testing | pengujian massa | Kesihatan Awam | Tiada | Prosedur yang diadakan untuk melakukan ujian terhadap kelompok besar individu yang dijangkiti penyakit berjangkit. |
psychodynamic testing | pengujian psikodinamik | Perubatan | Psikiatri | Pemeriksaan yang dilakukan terhadap individu berdasarkan tingkah laku dengan mengambil kira pemahaman tentang konflik sedar dan tidak sedar. |
compliance testing | pengujian pematuhan | Audit | Tiada | Proses menguji bagi menentukan sama ada proses, produk atau perkhidmatan mematuhi keperluan spesifikasi, standard teknikal, kontrak atau peraturan yang ditetapkan. |
testing procedure | prosedur pengujian | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tatacara terpiawai dan didokumenkan bagi menjalankan uji kaji atau penilaian kualiti dan keselamatan produk. |
extract analysis | analisis ekstrak | Herba | Pemiawaian | Pengujian sama ada secara kualitatif atau kuantitatif ke atas komponen yang telah diasingkan daripada campuran cecair atau pepejal ekstrak herba. Contohnya, analisis filantin dan hipofilantin ekstrak metanol daun dukung anak (Phyllanthus niruri). |
contract analysis | analisis kontrak | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pengujian terhadap bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba yang dilaksanakan berdasarkan perjanjian yang sah mengikut undang-undang antara pemberi kontrak dengan penerima kontrak. Ujian yang dilakukan perlu diperincikan dengan betul, dipersetujui dan dikawal untuk mengelakkan salah faham yang boleh menyebabkan kualiti ujian tidak memuaskan. Penerima kontrak harus menyatakan dengan jelas tentang pegawai yang diberi kuasa dan bertanggungjawab melaksanakan ujian tersebut. |
security assessment | taksiran sekuriti | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penilaian dan pengujian yang bertujuan untuk mendedahkan kelemahan, kepayahan, atau risiko yang wujud pada perisian, perkakasan, peranti, dan prasarana sistem komputer. Taksiran ini dibuat untuk menentukan kewujudan keadaan pada sistem yang boleh membahayakan aset sistem komputer tersebut atau membuka peluang kepada pengguna hasad untuk menyalahgunakan aset sistem komputer. |
engine tune-up | penalaan enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Prosedur pemeriksaan, pengujian dan pelarasan bagi sesebuah enjin. Semasa prosedur ini dijalankan, sebarang komponen yang haus akan diganti dan keadaan enjin dipulihkan supaya menghasilkan prestasi yang maksimum atau terbaik. Kekerapan prosedur ini bergantung pada jenis enjin dan penjadualan penyelenggaraan yang ditentukan oleh pengeluar kenderaan. |