Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.la.ngan] | ڤڠولڠن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) meng-ulang (mengulangi): ada satu lagi jenis kata ulang iaitu kata-kata yg dlm ~nya meng-alami pergantian bunyi vokal atau bunyi konsonan; ~ kesalahan demikian tidak dapat dibiarkan begitu saja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.la.ngan] | ڤڠولڠن

Definisi : hal atau perbuatan mengulang atau mengulangi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengulangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pleonasmulang bazirKesusasteraanPuisiPenggunaan gaya pengulangan seperti pengulangan diksi, frasa, kalimat dan rangkap yang dianggap membazir atau tiada memberi makna kepada keseluruhansesebuah puisi. Walaupun tiada pengulangan dilakukan, makna atau penjelasan yang diberikan sebelumnya melalui diksi, frasa, kalimat atau rangkap itu sudah mencukupi. Sinonim makrologi, pleonasme.
alliterationaliterasiKesusasteraanPuisiPengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi; biasanya pada awal perkataan yang berturutan. Pengulangan menimbulkan kesan keindahan bunyi . Contohnya, 'Kurenungi Kemumian Kehidupan' petikan puisi "Kurenungi" karya Jihaty Abadi. Dalam baris ini terdapat pengulangan bunyi konsonan /k/ pada setiap awal perkataan.
repetitionperulanganKesusasteraanPuisiGaya bahasa dalam puisi y,mg terdapat pengulangan perkataan, ungkapan, baris dan juga rangkap. Contohnya, pengulangan baris, 'bila kita bertemu' petikan daripada puisi "Pertemuan" dalam antologi Bunga Gerimis karya Adi Badiozaman Tuah. Baris tersebut diulang permulaan baris setiap rangkap. Tujuan pengulangan dalam puisi selain dari untuk menguatkan maksud tertentu adalah juga untuk menimbulkan suasana pengucapan yang muzikal, berirama dan indah. Bila kita bertemu jangan kaurebahkan diri di atas ranjang kenangan kerana untuk merenangi semula tasik ingatan itu Bila kita bertemu biarlah kita berdepan bagi sepasang kekasih mencari tapak kekuatan masa kini
assonanceasonansiKesusasteraanPuisiPengulangan bunyi vokal yang sama pada perkataan yang berturutan dalam baris-baris puisi. Pengulangan begini menimbulkan kesan kehalusan, kelembutan, kemerduan atau keindahan bunyi. Contohnya, baris 'senyum tetamu melapah restu' iaitu petikan daripada puisi "Sirih Pinang" dalam kumpulan Bunga Waktu karya Ahmad Sarju. Sinonim runtun vokal.
sequencesekuenMuzikTiada

Pengulangan sesebuah frasa muzik secara berturutan. Setiap pengulangan divariasikan melalui proses transposisi atau pengubahsuaian bentuk melodi.

repetitionpengulangan; ulanganKesusasteraanTiadaUlangan: Lagu atau bahagian yang bersifat berulangan, contoh C major menjadi A minor.
repetitionpengulangan; ulanganMatematikTiadaTiada
repetitionpengulangan; ulanganKesenianTiadaUlangan: Lagu atau bahagian yang bersifat berulangan, contoh C major menjadi A minor.
repetitionpengulangan; ulanganPendidikanTiadaTiada
repetitionpengulangan; ulanganKesusasteraanTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas