precomposed character | aksara prabentuk | Teknologi Maklumat | Tiada | Dalam Unicode, suatu aksara yang setara dengan jujukan satu atau lebih aksara yang bergantung kepada pemetaan penguraian. Pemetaan penguraian ini adalah satu proses pengasingan atau pemisahan elemen teks agar menjadi suatu unit komponen. Ia adalah suatu kod berasingan yang mewakili jujukan suatu aksara asas, misalnya e dan menggabungkannya dengan aksara lain seperti tanda noktah ( ' ) menjadi ?. Ia juga dikenali sebagai aksara komposit. |
sensitised decomposition | penguraian peka | Kejuruteraan | Tiada | Penguraian kimia disebabkan kehadiran bahan lain yang menyerap sinaran teruja. |
radiation decomposition | penguraian sinaran | Kejuruteraan | Tiada | Penguraian kimia sesuatu bahan akibat sinaran mengion. |
exothermic decomposition | penguraian eksoterma | Kimia | Tiada | Tindak balas penguraian bahan yang membebaskan haba ke persekitaran. |
radiation self-decomposition | penguraian kendiri sinaran | Kejuruteraan | Tiada | Penguraian bahan radioaktif disebabkan oleh sinaran yang dikeluarkannya. |
decomposition | penguraian | Kimia | Tiada | Pemecahan sebatian kimia kepada sebatian yang lebih ringkas. Misalnya, penguraian terma kalsium karbonat untuk menghasilkan kalsium oksida dan karbon dioksida. |
fermentation | fermentasi/penapaian | Perubatan | Tiada | Penguraian bahan organik terutama karbohidrat menjadi molekul yang lebih kecil seperti penguraian alkohol oleh enzim tertentu. |
transition state theory | teori peralihan keadaan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Teori yang memodelkan kadar penguraian kompleks perantara yang terbentuk. Kadar pembentukan kompleks perantara menurut model ini dianggap tersangat pantas dan sentiasa berada dalam keadaan keseimbangan. Kadar tindak balas kimia dihadkan oleh penguraian kompleks perantara. |
Henderson-Hasselbach equation | persamaan Henderson-Hasselbach | Kimia | Biokimia | Perkaitan antara pH larutan dengan pemalar penguraian sesuatu asid lemah, kepekatan penderma proton bentuk HA, dan penerima proton konjugat bentuk A- bagi asid, yang diberikan dalam persamaan pH = pKa + log ([A-]/[HA]) dengan pKa merupakan pemalar penguraian asid lemah. |
weathering | luluhawa | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Tindakan cuaca ke atas kayu yang terdedahkan kepada persekitaran luar. Tindakan yang berlaku termasuk proses penguraian mekanikal seperti pengecutan dan pembengkakan lapisan permukaan kayu berulang-ulang, dan penguraian kimia seperti pengoksidaan. |