incisal reduction | pengurangan insisal | Pergigian | Tiada | Teknik memangkas pinggir insisal gigi anterior untuk penyediaan restorasi ekstrakorona. Pengurangan bahagian ini dilakukan dengan menggunakan bur intan jenis roda atau silinder. Pengurangan yang dibuat bergantung kepada jenis restorasi yang akan dibuat. Bagi restorasi logam penuh memerlukan pengurangan sekurang-kurangnya 0.5 mm manakala restorasi logam terikat porselin sebanyak 1.5 mm. |
labial reduction | pengurangan labial | Pergigian | Tiada | Teknik memangkas permukaan labial gigi anterior untuk penyediaan restorasi ekstrakorona. Pengurangan bahagian ini dilakukan dengan menggunakan bur intan silinder. Pengurangan ini biasanya dilakukan sebanyak 1.0-1.5 mm bergantung kepada restorasi yang akan dibuat. Penyediaan korona jaket porselin memerlukan pengurangan sebanyak 1.0 mm manakala korona terikat porselin sebanyak 1.5 mm. |
central rate of decrement | kadar pengurangan memusat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Purata berpemberat bagi daya pengurangan untuk satu atau semua sebab pengurangan bagi umur tertentu. |
proximal axial reduction | pengurangan aksial proksimal | Pergigian | Tiada | Teknik memangkas permukaan proksimal gigi semasa penyediaan restorasi ekstrakorona. Pengurangan bahagian ini dilakukan dengan menggunakan bur. Pengurangan ini biasanya dilakukan sebanyak 0.5-1.5 mm bergantung kepada jenis restorasi yang akan dibuat. |
lingual axial reduction | pengurangan lingual aksial | Pergigian | Tiada | Teknik memangkas permukaan lingual aksial gigi posterior untuk penyediaan restorasi ekstrakorona. Pengurangan bahagian ini dilakukan dengan menggunakan bur dan alat berputar. Pengurangan ini biasanya dilakukan sebanyak 1.0-1.5 mm bergantung kepada restorasi yang akan dibuat. |
prompt payment | pencepatan bayaran hutang | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pengurangan jumlah bayaran hutang yang disebabkan oleh pembayaran hutang yang dilakukan lebih awal daripada tempoh ditetapkan. Pengurangan ini diberikan sebagai galakan supaya individu yang berhutang melunaskan hutangnya secepat mungkin. Tindakan ini membolehkan pemberi hutang mendapatkan semula wangnya lebih awal manakala individu yang berhutang pula mendapat pengurangan jumlah bayaran balik hutang. Jumlah pengurangan atau potongan boleh dimasukkan dalam dokumen perundangan utama bagi transaksi hutang Islam di bawah klausa ibra’. |
decruitment | pengurangan pekerja | Pentadbiran | Tiada | Pengurangan pengambilan pekerja olehs esebuah organisasi. |
depopulation | pengurangan penduduk | Geografi | Tiada | Proses pengurangan bilangan penduduk di sesebuah kawasan secara paksa atau tidak. |
remission | peringanan; pengurangan; kebah | Perubatan | Tiada | Pengurangan atau kehilangan untuk sementara gejala-gejala utama sesuatu penyakit. |
abatement (of adjusted income) | pengurangan (pendapatan larasan) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pengurangan ke atas pendapatan kasar setelah ditolak perbelanjaan yang dibenarkan. |