buffer solution | larutan penimbal | Kimia | Kimia Analisis | lih. penimbal. |
buffer capacity | muatan penimbal | Kimia | Kimia Analisis | Kebolehan relatif larutan penimbal untuk menahan perubahan pH apabila asid, atau bes ditambah ke dalam larutan itu. |
acid base buffer system | sistem penimbal asid-bes | Kejururawatan | Tiada | Sistem kawal atur penimbal asid-bes dalam badan yang membantu mengekalkan pH darah dengan mengekalkan kepekatan ion hidrogennya dan tidak berubah oleh pencairan, penambahan asid atau alkali. |
buffer | penimbal | Kimia | Kimia Analisis | Larutan yang dapat menahan perubahan kepekatan ion hidrogen apabila sedikit asid atau bes ditambah kepada larutan itu. Penimbal biasanya terdiri daripada campuran asid lemah atau bes lemah dengan konjugatnya. Contohnya asid asetik dengan natrium asetat. |
counterion | ion penimbal | Fizik | Nanoteknologi | Ion yang berfungsi untuk mengekalkan keadaan neutral dalam larutan ionik. Contohnya, kation natrium (Na+) dalam garam biasa ialah ion penimbal untuk anion klorin (Cl-) dan sebaliknya. |
radiation buffer | penimbal sinaran | Kimia | Kimia Analisis | Logam yang mudah terion yang digunakan untuk menghalang pengionan suatu logam lain. |
PHF attack | serangan PHF | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan ke atas pelayan web Apache versi awal yang menggunakan skrip PHF yang goyah. Serangan ini menyebabkan limpahan penimbal pada komputer yang disasarkan sehingga menyebabkan kod hasad yang terlimpah diproses oleh komputer sasaran. |