Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nim.bu.nan] | ڤنيمبونن

Definisi : 1. perihal menimbunkan, pengumpulan (penghimpunan) barang-barang dll: banyak sungai telah menjadi jangkat akibat ~ pasir dan lumpur yg dibawa air dr hilir sungai; 2. tempat utk menimbun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nim.bu.nan] | ڤنيمبونن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menimbun atau menimbunkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accumulationpenimbunanSains KesihatanTiadaPeningkatan jumlah bahan kimia dalam tubuh akibat pemberian bahan tersebut secara berulang atau disebabkan penurunan penyingkirannya.
acidosisasidosisKejururawatanTiadaKeadaan patologi akibat penimbunan asid ataupun kehilangan bes daripada tubuh dan pH darah kurang daripada 7.35 yang dicirikan oleh peningkatan konsentrasi H+.
alkalosisalkalosisKejururawatanTiadaKenaikan pH darah yang melebihi 7.45 akibat penimbunan bes. Keadaan alkalosis ini berlaku kerana gangguan mekanisme yang biasanya mengekalkan imbangan antara alkali dengan asid dalam darah.
xanthomaxantomaKejururawatanTiadaSejenis papul, nodul atau plak berwarna kuning pada kulit, yang disebabkan oleh penimbunan lipid, biasanya di keliling mata.
alimentationalimentasiGeologiTiada1. Proses menyediakan atau mengambil makanan. 2. Pertambahan kasar jatuhan salji, avalanche salji dan ais, dan juga air cairan yang beku semula di dalam zon penimbunan sesebuah glasier. Glasier tersebut akan mara, undur atau kekal setempat bergantung kepada sama ada alimentasi adalah lebih besar, lebih kecil atau seimbang dengan proses ablasi.

Kembali ke atas