pollster | peninjau pengundi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat peninjau pendapat awam. |
Institutional Review Board | Lembaga Peninjau Institusi | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Sebuah badan bebas yang terdiri daripada ahli perubatan, sains dan bukan sains. Lembaga Peninjau Institusi bertanggungjawab memastikan perlindungan hak, keselamatan dan kesejahteraan subjek manusia yang terlibat dalam ujian klinikal. Lembaga ini mengkaji semula, meluluskan dan menyediakan kajian berterusan terhadap protokol ujian dan pindaan serta kaedah dan bahan yang akan digunakan bagi mendapatkan dokumen persetujuan termaklum daripada subjek ujian. |
pollster | peninjau pendapat awam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu atau organisasi yang mengendalikan tinjauan pendapat awam. Individu atau organisasi ini bertanggungjawab memproses setiap perolehan tinjauan yang telah dibuat bagi mengumpulkan data-data untuk menghasilkan satu rumusan tinjauan pendapat. Lazimnya, rumusan tinjauan ini akan digunakan oleh parti-parti politik atau media untuk menyediakan strategi dalam menghadapi pilihan raya. Contohnya, akhbar News Straits Times dan Star sering menjadi peninjau pendapat setiap kali menjelang pilihan raya. Sinonim peninjau pengundi. |
showroomer | peninjau bilik pameran | Umum | Tiada | Pembeli yang mengunjungi kedai fizikal untuk melihat-lihat produk yang ingin dibeli, tetapi membeli produk tersebut di kedai dalam talian. |
webroomer | peninjau bilik pameran maya | Umum | Tiada | Pembeli yang melihat-lihat produk yang ingin dibeli di kedai dalam talian, tetapi membeli produk tersebut di kedai fizikal. |