alternative scheduling | penjadualan pilihan | Pelancongan | Tiada | Perancangan perjalanan yang bersesuaian dengan keadaan. |
scheduling system | sistem penjadualan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk menunjukkan rangkaian dan peringkat aktiviti secara berjadual bagi sesuatu projek. |
planning brief | ringkasan perancangan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu dokumen ringkas yang menerangkan tugas dan tanggungjawab pengkaji, skop kerja, penjadualan kerja, dan kos projek sebagai rujukan kajian perancangan. |
critical path method (CPM) | kaedah laluan kritis | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kaedah pelaksanaan projek yang berasaskan jaringan aktiviti mengikut urutan dan penjadualan masa bertujuan untuk melicinkan dan mengawal penyiapan projek. |
engine tune-up | penalaan enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Prosedur pemeriksaan, pengujian dan pelarasan bagi sesebuah enjin. Semasa prosedur ini dijalankan, sebarang komponen yang haus akan diganti dan keadaan enjin dipulihkan supaya menghasilkan prestasi yang maksimum atau terbaik. Kekerapan prosedur ini bergantung pada jenis enjin dan penjadualan penyelenggaraan yang ditentukan oleh pengeluar kenderaan. |
hospital information system (HIS) | sistem maklumat hospital (HIS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem komprehensif dan bersepadu yang direka untuk menguruskan semua aspek operasi hospital seperti isu-isu perubatan, pentadbiran, kewangan dan undang-undang serta pemprosesan yang berkaitan dengan perkhidmatan. Sistem ini lazimnya menyokong fungsi operasi hospital seperti penjadualan kemudahan, pengurusan sumber manusia, pengebilan, analisis kewangan dan pelaporan. |