Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ja.ga] | ڤنجاݢا

Definisi : 1. orang yg mengawas (mengawal, memberi perlindungan, dll): sekolah itu sudah dibuka oleh ~nya; 2. penunggu, hantu (atau makhluk halus) yg menunggu sesuatu tempat (spt pohon, batu, sungai, dll): orang kampung itu percaya bahawa pohon besar itu ada ~nya; 3. orang yg sangat cermat (berhati-hati); 4. ark wang jaga-jaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ja.ga] | ڤنجاݢا

Definisi : 1 orang yg menjaga (memberi perlindungan, memelihara dll): ~ kedai itu orang India. 2 hantu atau orang halus yg dipercayai menunggu sesuatu tempat (pohon, busut dll); penunggu: Orang-orang di situ percaya bahawa busut itu ada ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
capable guardianpenjaga berupayaKriminologiKeadilan JenayahSalah satu elemen dalam Teori Aktiviti Rutin yang menyatakan bahawa individu atau sistem boleh atau berpotensi melindungi barangan bernilai atau keselamatan diri untuk tujuan pencegahan jenayah. Contohnya, ibu bapa ialah penjaga berupaya bagi kanak-kanak, manakala sistem keselamatan ialah penjaga berupaya bagi barangan bernilai.
kidnappingpenculikanKriminologiKeadilan JenayahJenayah kekerasan melibatkan perbuatan melarikan mangsa tanpa kerelaannya. Dari sudut undang-undang jenayah, perbuatan ini termasuklah mengambil atau mengumpan remaja yang berumur antara 14 hingga 16 tahun atau orang yang tidak waras daripada penjaga tanpa kerelaan penjaga tersebut. Kebiasaannya, tindakan ini bertujuan untuk mendapatkan tebusan.
keeperpenjagaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBesi yang diletak pada bahan magnet untuk menumpukan garis daya magnet supaya kekuatan magnet boleh kekal lama.
chargemanjurujaga; penjaga (jentera)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
chargemanjurujaga; penjaga (jentera)KejuruteraanTiadaTiada
bell ringerpenjaga locengSukanLumba BasikalPegawai yang membunyikan loceng dalam perlumbaan balapan atau litar, untuk menentukan pecut atau pusingan penamat.
caregiver roleperanan penjagaSosiologi KeluargaTiada-
custodian of public healthpenjaga kesihatan awamKesihatan AwamTiadaPihak yang ditugaskan untuk menjaga kesihatan orang awam.
innkeepers legal liabilityliabiliti undang-undang penjaga rumah penginapaninsuransTiadaPerniagaan yang diterima daripada pengantara yang biasanya tidak diterima mengikut standard pengunderaitan yang ketat tetapi diterima disebabkan oleh keuntungan keseluruhan perniagaan yang diberi oleh pengantara atau pelanggan tersebut.
innkeepers legal liabilityliabiliti undang-undang penjaga rumah penginapanPentadbiran PerniagaanTiadaPerniagaan yang diterima daripada pengantara yang biasanya tidak diterima mengikut standard pengunderaitan yang ketat tetapi diterima disebabkan oleh keuntungan keseluruhan perniagaan yang diberi oleh pengantara atau pelanggan tersebut.
12

Kembali ke atas