narrative grammar | nahu naratif | Kesusasteraan | Tiada | Suatu urutan unsur naratif yang dihubungkait dengan hukum atau peraturan yang khusus untuk sesuatu kumpulan naratif yang tertentu. Nahu naratif mentertibkan penjanaan naratif melalui penggunaan hukum penerbitan naratif dari tahap dasar (struktur dalaman) ke tahap permukaan (struktur atas) atau tahap pelahiran ujaran. Konsep nahu naratif amat mirip dengan pemikiran struktural-linguistik. Konsep ini cuba menjelaskan aspek sintaks dan semantik sesebuah plot, dan unsur struktur dalaman naratif (struktur makro) dan pelahirannya. Konsep nahu naratif amat relevan untuk menjelaskan proses penjanaan atau kelahiran naratif dalam sastera rakyat atau lisan. Idea tentang nahu naratif ini pernah dikemukakan oleh Parry-Lord dalam teorinya tentang penjanaan naratif lisan yang disebut sebagai �Oral-Formulaic Theory�. Dalam teori Parry-Lord, nahu naratif disebut sebagai �Grammar of Poetry�. Berdasarkan teori Parry-Lord, seseorang pencerita tidak pernah menghafal keseluruhan teksnya secara verbatim, tetapi pencerita hanya mempunyai suatu skema atau rangka plot yang dirimbunkan tahap demi tahap melalui siratan tema, motif, formula dan alat stailistik. Dalam sastera lisan, penciptaan demikian disebut sebagai penciptaan skematik dengan gaya �Adding Style�. Seterusnya konsep nahu naratif dikembangkan oleh Colby dan Coles untuk menunjukkan tahap penjanaan cerita rakyat (mitos suku kaum Ixil). Berdasarkan analisisnya terhadap unit naratif yang disebutnya sebagai �Eidon�, Colby dan Coles merajahkan perkembangan tahap naratif daristruktur dalaman hingga ke tahap struktur permukaan (struktur ujaran), sama seperti penjanaan sebuah ayat dalam nahu generatif. Perkembangan cerita mengikut konsep skematik atau �Eidon� ini dapat dianalogikan dengan perkembangan sebuah ayat menurut Nahu Generatif Transformasi. Idea mahu generatif dalam linguistik ini amat berguna untuk menghuraikan penjanaan naratif dalam sastera lisan. |
volatile generation | penjanaan meruap | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Penghasilan sebatian meruap melalui proses pemanasan sesuatu bahan. Contohnya, penghasilan pirazina melalui pirolisis asid amino. |
waste generation | penjanaan sisa | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Penghasilan bahan atau produk yang memasuki aliran buangan sebelum dikitar semula, dikompos, disaring, dibakar atau dilupus. |
traffic generation | penjanaan trafik | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Jumlah perjalanan yang dihasilkan daripada sesuatu zon kajian. |
password generation system | sistem penjanaan kata laluan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian atau komponen sistem pengendalian yang menjanakan rentetan aksara secara rawak yang boleh digunakan sebagai kata laluan pengguna. Rentetan yang dijana adalah mengikut penetapan pengguna seperti bilangan aksara dan nisbah antara huruf, nombor dan aksara khas yang sepatutnya ada dalam kata laluan. |
Aerosol Generating Procedures (AGPs) | Prosedur Penjanaan Aerosol | Kesihatan Awam | Tiada | Prosedur perubatan dan penjagaan pesakit yang menghasilkan pembebasan zarah bawaan udara (aerosol) berukuran <5 mikrometer (µm) yang terapung di udara dan bergerak jauh serta boleh menyebabkan jangkitan jika disedut. |
photonics | fotonik | Fizik | Nanoteknologi | Bidang sains yang melibatkan penjanaan, pengawalan dan pengesanan foton terutamanya dalam kawasan spektrum sinar tampak dan inframerah. Contohnya, pengesanan cahaya, sistem telekomunikasi optik gentian, pemprosesan maklumat, holografi dan perubatan seperti endoskopi. |
axial offset | ofset paksi | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Perbezaan ketumpatan penjanaan kuasa di antara ruangan atas dan ruangan bawah di sepanjang paksi tegak di dalam teras reaktor. |
Seebeck effect | kesan Seebeck | Fizik | Nanoteknologi | Satu kesan yang terhasil daripada penjanaan voltan atau daya gerak elektrik, iaitu hasil perbezaan suhu pada dua sambungan logam berlainan dalam litar yang sama. Fenomena ini ditemui oleh T. J. Seebeck pada tahun 1821 dan merupakan asas fizik bagi pembuatan termogandingan. Suatu termogandingan terdiri daripada sepasang wayar logam berlainan, disambung pada kedua-dua hujungnya. Satu hujung dibiarkan pada suhu rendah (biasanya direndam di dalam ais), sementara hujung yang satu lagi dibiarkan pada suhu yang lebih tinggi. Daya gerak elektrik terjana hasil daripada kesan Seebeck. |
energy source | sumber tenaga | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Punca penjanaan tenaga yang boleh diguna pakai atau diperoleh sama ada secara langsung atau melalui proses perubahan tenaga. Contohnya, bahan api pepejal, bahan api cecair, tenaga suria, biojisim, tenaga hidro, tenaga geoterma, tenaga nuklear dan tenaga angin. |