plunderer | penjarah | Undang-undang | Tiada | Tiada |
heroine | wirawati | Kesusasteraan | Tiada | Watak perempuan utama dalam drama atau naratif yang mempunyai sifat, nilai, serta tujuan terpuji. Wirawati terlibat secara langsung dalam aksi utama dalam sesebuah cerita, sering dipertembungkan dengan kerenah penjarah atau penjahat. Watak utamanya ialah perempuan yang menjadi tumpuan atau perhatian khalayak. Watak ini menampilkan nilai moral yang tinggi berbanding dengan watak lain, dan sering dikaitkan dengan unsur mitos, dan epik. Wirawati dibezakan dengan protagonis, iaitu istilah yang merujuk kepada watak utama yang neutral sifatnya. Lihat juga antagonis, wira. |
hero | wira | Kesusasteraan | Tiada | Watak lelaki utama dalam drama atau naratif yang mempunyai sifat, nilai serta tujuan yang terpuji. Wira terlibat secara langsung sebagai aksi utama dalam sesebuah cerita, sering dipertembungkan dengan kerenah penjarah atau watak jahat dan menjadi tumpuan perhatian khalayak. Watak utama lelaki dikenali sebagai wira manakala watak utama perempuan ialah wirawati. Istilah ini membawa konotasi kewiraan yang positif dan sering dikaitkan dengan epik dan mitos, iaitu bentuk karya yang banyak mendukung makna kewiraan. Oleh itu, wira dibezakan dengan protagonis, iaitu istilah yang merujuk kepada watak utama, tetapi lebih neutral sifatnya. Watak utama yang tidak mempunyai sifat dan nilai terpuji disebut sebagai antiwira. Wira berasal daripada perkataan Yunani hero yang bermaksud �pelindung�. Lihat juga antagonis, wirawati. |
machiavel | machiavel | Kesusasteraan | Tiada | Watak tipa dalam sesebuah karya yang mendapat namanya daripada Niccolo Machiavelli (1469 � 1527), seorang negarawan dan ahli falsafah di Florence, Itali. Beliau menulis sebuah karya yang mewajarkan konsep �matlamat menghalalkan cara� dalam pentadbiran negara. Bukunya sering dirujuk dalam drama yang dihasilkan pada Zaman Ratu elizabeth 1 pada abad ke-17. Pada zaman tersebut, nama Machiavelli muncul dan dikaitkan dengna sifat kedurjanaan dan kecurangan. Watak penjarah yang terdapat dalam karya tragedi balas dendam dikenali juga sebagai Machiavel. |
type | tipa | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis cerita tradisional yang mempunyai kewujudan tersendiri seperti tipa cerita panji dan tipa cerita pari. Tema ini muncul dalam semua versi cerita, dan budaya sepanjang zaman. Contohnya, tema percintaan yang terhalang antara Inu dengan Chandera Kirana merupakan tema inti dalam semua tipa cerita panji. Tipa juga merujuk kepada watak kodi, atau stereotaip hitam-putih, yang muncul dalam cerita-cerita rakyat untuk memenuhi sesuatu fungsi yang khusus sahaja. Contohnya, tipa wira, tipa penjarah, tipa nenek kebayan, dan tipa Pak Pandir. Subtipa ialah bentuk serpihan daripada versi asal yang muncul sebagai cerita yang berasingan. Contohnya dalam Syair Ken Tambuhan, Hikayat Andaken Penurat ialah subtipa cerita panji. Cerita kusi dan serawi adalah subtipa daripada cerita ramayana. Oiko-tipa ialah bentuk lokal sesuatu tipa cerita. Oico-type muncul apabila isi cerita diubah untuk disesuaikan dengan budaya tempatan. Con tohnya, Sang Kancil ialah versi oiko-tipa daripada tipa cerita binatang yang cerdik atau penipu. |
picaresque novel | novel pikares | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang mengetengahkan watak kelas rendah sebagai protagonisnya. Fiksyen ini bersifat kembara dan disampaikan melalui sudut pandangan orang pertama. Protagonis yang digelar picaroon bergantung hidup dengan tipu helah dalam kehidupannya yang mencabar. Melalui analogi kehidupan picaroon yang perit, pengarang menggunakan latar ini untuk mengemukakan suatu bentuk satira khususnya dalam konflik kelas sosial. Novel ini bersifat episodik kerana jalan ceritanya mengikuti pengembaraan protagonis. Oleh yang demikian, novel ini mempunyai struktur yang longgar. Contoh novel pikares ialah Tom Jones karya Henry Fielding. Istilah picaro berasal daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud �penjarah�. Lihat juga protagonis, satira. |