Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ji.ma.tan] | ڤنجيمتن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) berjimat atau menjimatkan penggunaan sesuatu: langkah-langkah ~ perbelanjaan kerajaan akan juga menyumbangkan pembaikan dlm imbangan pembayaran negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ji.ma.tan] | ڤنجيمتن

Definisi : perbuatan atau hal menjimatkan: Dlm keadaan sekarang, mereka digalakkan mengambil langkah ~ tenaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjimatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hypermilingpenjimatan bahan apiPengangkutanTiadaCara untuk memaksimumkan penjimatan bahan api sebuah kenderaan bermotor, terutamanya melalui teknik pemanduan dan penyelenggaraan kenderaan.
labour-saving biasbias penjimatan buruhEkonomiTiadaProses pembangunan ekonomi yang cenderung menggunakan lebih banyak modal daripada buruh. Proses ini selalunya berpunca daripada penggunaan teknik penjimatan buruh yang diimport dari negara maju.
mortality savingpenjimatan kemortalaninsuransTiadalih. keuntungan kemortalan.
internal economyekonomi dalamanEkonomiTiadaPenjimatan kos yang wujud hasil daripada operasi tertentu oleh firma yang hanya boleh dinikmati oleh firma itu sendiri. Misalnya, pembesaran operasi firma boleh mewujudkan ekonomi dalaman menerusi pembahagian dan pengkhususan kerja. Apabila firma mengalami ekonomi dalaman, keluk kos puratanya menurun.
external economyekonomi luaranEkonomiTiadaPenjimatan yang terjadi apabila operasi sesebuah firma atau tindakan seseorang individu boleh menghasilkan manfaat kepada pihak lain tanpa sebarang bayaran dikenakan. Misalnya, firma besar yang menyediakan latihan untuk pekerjanya akan mewujudkan ekonomi luaran apabila sebahagian pekerja terlatih itu bekerja dengan firma lain.
energy usage conservationpemuliharaan penggunaan tenagaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauUsaha atau amalan penjimatan dengan mengurangkan guna pakai tenaga. Pemuliharaan penggunaan tenaga biasanya dilakukan dengan meningkatkan kecekapan guna tenaga dan perkhidmatan yang berkaitan.
sustainable productionpengeluaran mampanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPembuatan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan sistem yang bebas daripada pencemaran, penjimatan tenaga dan pemuliharaan sumber asli. Pengeluaran mampan boleh menghasilkan ekonomi yang berdaya maju dan menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja, masyarakat dan pengguna.
multiple displacement engineenjin berbilang sesaranKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaEnjin yang mempunyai banyak bilangan silinder yang operasinya boleh dipilih sama ada untuk kuasa, atau penjimatan bahan api.

Kembali ke atas