control of sale | kawalan penjualan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kawalan yang dikenakan ke atas penjualan produk dan kosmetik herba. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), seseorang hanya boleh menjual sebarang produk sekiranya produk tersebut ialah produk berdaftar dan memiliki lesen yang bersesuaian dan sah. Kosmetik pula perlu dinotifikasikan, bagi membolehkan kosmetik ini dijual. Namun, peraturan pemilikan lesen tidak tertakluk kepada peruncit untuk menjual sebarang produk. |
supply chain | rantaian bekalan | Perniagaan | Tiada | Keseluruhan proses pembuatan dan penjualan barang-barang komersial, termasuk setiap peringkat daripada pembekalan, pengilangan, pengedaran dan penjualan. |
commodity exchange | bursa komoditi | Ekonomi | Tiada | Institusi yang melaksanakan kontrak pembelian dan penjualan komoditi, dan menentukan peraturan secara serta-merta, atau terutamanya secara ke depan. Kontrak pembelian dan penjualan ini menentukan harga, jumlah, mutu, dan syarat-syarat penyerahan komoditi tersebut. Lihat juga pasaran ke depan, pasaran semerta. |
sale"off-plan" | penjualan ikut pelan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
sale by auction | penjualan lelong | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
power of sale | kuasa penjualan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
export | eksport | Ekonomi | Tiada | Penjualan barang dan perkhidmatan ke luar negeri. Barang yang dieksport termasuk barang pengguna, barang modal, dan bahan mentah. Eksport perkhidmatan pula termasuk perkhidmatan perkapalan yang ditawarkan oleh negara tempatan, pelancongan, dan insurans. |
visual merchandising | perdagangan visual | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Aktiviti penjualan produk atau perkhidmatan dengan cara mengoptimumkan persembahan produk dan perkhidmatan tersebut secara visual supaya lebih menonjolkan ciri dan faedahnya. Tujuan perdagangan visual adalah untuk menarik minat dan memotivasikan pelanggan supaya melakukan pembelian produk atau perkhidmatan tersebut. |
retail merchandising | perdagangan runcit | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Aktiviti penjualan barang dagangan dengan cara peruncit, jenama atau syarikat produk lain menjadikan barang dagangan mereka tersedia di kedai. Perdagangan runcit merangkumi pelaksanaan dan strategi yang meliputi pemilihan produk, penempatan produk, reka bentuk paparan, dan teknik lain. Tujuan perdagangan runcit adalah untuk menggalakkan pelanggan membuat pembelian barangan secara terus dari kedai. |
wholesale merchandising | perdagangan borong | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Aktiviti penjualan produk dalam kuantiti yang banyak, biasanya bertujuan untuk dijual semula kepada pedagang lain. |