epic theatre | teater epik | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang berpusat pada konsep pengasingan. Konsep ini merujuk kepada suatu kaedah yang mempengaruhi penonton supaya mereka menyaksikan persembahan secara kritikal dan tidak pasif. Penonton perlu dimaklumkan bahawa persembahan yang disaksikan di pentas bukanlah keadaan yang sebenar tetapi hanya suatu lakonan. Justeru, penonton didedahkan dengan suatu mekanisme persembahan dengan menyelitkan lagu atau penceritaan antara adegan supaya mereka tidak terlali ke dalam ilusi teater. Bentuk teater ini diperkenalkan oleh Erwin Piscator (1893-1960) yang mewujudkan teori persembahan teater epik dengan kumpulan, Piscator Theatre. Namun bentuk teater ini lebih dikaitkan dengan Bertolt Brecht (1898-1956). |
dramatic irony | ironi dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan atau situasi dalam persembahan (drama, teater) yang diketahui oleh penulis atau penonton, tetapi watak-watak yang menjayakan persembahan itu mungkin tidak mengetahuinya. Persembahan menggunakan kaedah plot yang membolehkan penonton mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak berbanding apa yang disedari oleh watak itu sendiri. Watak bertindak bertentangan dengan apa yang sewajarnya, aksinya memberikan makna yang berlainan kepada penonton. Ramalan boleh meningkatkan kesan ironi dramatik. Contohnya, dalam drama Oedipus Rex, Oedipus mendesak agar mencari pembunuh Creon, tetapi sebenarnya dialah pembunuhnya. Oedipus dapat melihat dengan jelas ketika buta, tetapi semasa celik, dia sebenarnya buta. Lihat juga ironi. |
metadrama | metadrama | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama yang sengaja dipersembahkan untuk menarik perhatian khalayak, mengenai kehadirannya sebagai sebuah karya rekaan. Hal ini dilakukan melalui ujaran secara langsung kepada penonton dalam bentuk prolog, epilog, atau �lakonan dalam lakonan� dalam sesebuah drama. Situasi ini memungkinkan penonton mentafsir lebih lanjut tentang drama itu sebagai suatu bentuk seni. Justeru, metadrama menyedarkan penonton bahawa apa yang disaksikan di atas pentas hanyalah sebuah cereka. Contoh metadrama ditemui dalam karya Luigi Pirandello yang berjudul Six Characters in Search of an Author (1921). Lihat juga metafiksyen. |
catharsis | katarsis | Kesusasteraan | Tiada | Peleraian perasaan akibat ketakutan, ngeri, kasihan dan simpati yang dirasai oleh para penonton semasa menonton drama tragedi, yang akhirnya membawa kepada kelegaan emosinya. Situasi ini dikemukakan oleh Aristotle dalam karyanya The Poetics. Peleraian perasaan juga berlaku sewaktu penonton mendengar atau membaca karya sastera yang meruntun perasaan seperti dalam karya lipur lara. |
grandstand | anjung penonton | Sukan | Lumba Basikal | Tempat khas di velodrom untuk menyaksikan perlumbaan. |
alienation effect | kesan keterasingan | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan khalayak dan pelakon yang perlu mengekalkan jarak kritikal semasa persembahan drama. Khalayak perlu sedar bahawa mereka sedang menonton sebuah lakonan semata-mata dan sepatutnya boleh membezakan antara ilusi dengan realiti. Justeru, khalayak seharusnya tidak mengidentifikasikan diri mereka dengan pelakon. Pelakon perlu mengekalkan jarak dengan watak yang dilakonkan agar penonton tidak menyerapkan dirinya ke dalam watak itu. Oleh itu, pelakon menjadi lebih kritis terhadap watak yang dilakonkannya. Hal ini berbeza dengan konsep Dramatic Theatre Aristotle yang membawa penonton ke dunia ilusi. Penonton terlalai sehingga menerima apa yang berlaku di atas pentas sebagai realiti. Kesan keterasingan merupakan unsur penting dalam teori drama Bertolt Brecht. Untuk melahirkan kesan pengasingan ini, Brecht mendedahkan mekanisme pentas dengan menggunakan lagu atau ucapan untuk memisahkan setiap episod dalam persembahannya agar penonton bertindak lebih wajar dan kritikal. Kesan keterasingan ditemui dalam drama Anwar Ridhwan bertajuk Yang Menjelma dan Yang Menghilang. |
home straight | laluan penamat | Sukan | Lumba Basikal | Jalan di depan anjung penonton |
aside | aside | Kesusasteraan | Tiada | Pengucapan watak semasa pementasan drama yang ditujukan kepada penonton sahaja tanpa sebarang reaksi daripada watak lain. |
dialectical theatre | teater dialetik | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang mengemukakan beberapa situasi untuk mempengaruhi penonton berhujah tentang isu sosial. Teater ini memberikan tumpuan kepada perbahasan dan perbicaraan. Lihat juga teater epik. |
tasmat | tasmat | Kesusasteraan | Tiada | Teknik kesan khas dalam teater bangsawan bagi membangkitkan kekaguman penonton. |