Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.si.ji.lan] | ڤنسيجيلن

Definisi : pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dsb yg dikehendaki atau ditetapkan: ~ itu melam­bangkan kualiti kereta Proton sekali gus me­ningkatkan keyakinan pengguna antara­bangsa; sistem ~ terbuka Sijil Pelajaran Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.si.ji.lan] | ڤنسيجيلن

Definisi : pemberian sijil kpd seseorang atau sesuatu pihak kerana telah mencapai piawai atau memenuhi syarat yg ditetapkan: ~ itu membuktikan bahawa barangan yg dikeluarkan ber­kualiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pensijilan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
certificationperakuan; pensijilanPendidikanTiadaTiada
certificationperakuan; pensijilanUndang-undangTiadaTiada
key certificationpensijilan kunciTeknologi MaklumatTiadaProses menyediakan kunci awam yang diberikan kepada sesuatu individu atau syarikat.
Wi-FiWi-FiTeknologi MaklumatPerisianTanda dagang bagi perikatan Wi-Fi untuk produk yang diperakui berdasarkan piawaian IEEE 802.11. Pensijilan ini membenarkan saling kendalian antara beberapa peranti wayarles yang berlainan. Wi-Fi secara umum dikenali sebagai wayarles LAN (WLAN), tetapi tidak semua produk WLAN mempunyai persijilan Wi-Fi kerana pensijilan perlu dibayar bagi setiap jenis peranti yang akan diperakui. Wi-Fi disokong oleh kebanyakan sistem pengendali, konsol permainan, komputer riba, telefon bimbit, pencetak dan persisian yang lain.
digital certificatesijil digitalTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSijil elektronik yang mendedahkan butiran peribadi semasa melakukan urus niaga dalam web. Sijil ini dikeluarkan oleh autoriti pensijilan dan mengandungi nama pemegang, nombor siri, tempoh tamat, salinan kekunci awam pemegang sijil yang digunakan untuk penyulitan mesej dan tandatangan digital, serta tandatangan digital autoriti pengeluar sijil supaya penerima boleh mengesahkan kesahihan sijil tersebut.
good aquaculture practicesamalan akuakultur baikPertanianAgroteknologiGaris panduan, kaedah dan peraturan untuk menghasilkan produk akuakultur yang selamat dimakan dan berkualiti, dikeluarkan tanpa memudaratkan persekitaran dan kebajikan haiwan, serta mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerja. Di Malaysia, amalan ini digalakkan melalui Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) yang diperkenalkan pada tahun 2005 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Skim ini meliputi sistem ternakan akuakultur, kolam, sangkar, tangki, panti benih, dan sistem pengeluaran rumpai laut.
buffer zonezon penimbalPertanianAgroteknologiSatu kawasan penghalang yang dibentuk untuk mengasingkan tanaman daripada pengaruh yang tidak diingini. Contohnya, dalam pengawalan rumpai yang menggunakan racun kimia, zon penimbal perlu diadakan untuk melindungi tanaman yang peka kepada racun ini. Zon penimbal memisahkan kawasan yang disembur racun dengan kawasan yang tidak disembur racun. Bagi mendapatkan pensijilan sistem tanaman organik, sesebuah ladang organik perlu mempunyai zon penimbal bagi membezakannya dengan ladang bukan organik. Contoh lain ialah bagi pembiakan jagung; zon penimbal perlu disediakan bagi mengawal pendebungaan daripada baka luar supaya tidak mencemari kacukan yang diusahakan.
American Board of CriminalisticsLembaga Ahli Sains Kriminalistik Amerika SyarikatSains ForensikTiadaSebuah pertubuhan serantau dan kebangsaan yang diwakili oleh ahli-ahli dalam bidang sains forensik. Pertubuhan ini bertanggungjawab untuk membentuk pengetahuan, kemahiran dan kebolehan peringkat profesional dalam bidang berkenaan. Antara ahlinya ialah Persatuan Pengarah Makmal Jenayah Amerika (ASCLD). Pertubuhan ini menawarkan program pensijilan kepakaran bagi saintis forensik termasuk bidang DNA forensik. Singkatan ABC.
good agricultural practicesamalan pertanian baikPertanianAgroteknologiSistem pengurusan sumber dalam pengeluaran pertanian secara baik dan lestari. Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti ladang serta menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti dengan mengambil kira kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar. Di Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memperkenalkan satu skim, iaitu Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) yang merupakan skim pensijilan bagi memastikan pengusaha mengamalkan amalan pertanian yang baik dalam semua aktiviti di ladang. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah pemilihan kawasan, penyediaan tanah, pengeluaran, penuaian dan pengendalian pascatuai.
policydasarPengurusanPerancanganKetetapan atau peraturan yang digubal oleh pihak pengurusan atasan sebagai garis panduan penting dalam melaksanakan pentadbiran dan operasi organisasi. Dasar yang digubal seharusnya selaras dengan keperluan asas untuk mencapai wawasan dan objektif organisasi. Dasar perlu bersifat jelas serta mudah untuk difahami oleh pekerja di semua peringkat bagi melancarkan proses pelaksanaan pentadbiran dan operasi organisasi. Contohnya, dasar kualiti sesebuah organisasi yang ditetapkan sebagai panduan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti ke arah pencapaian pensijilan ISO 9001.
12

Kembali ke atas