Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.stra.ta.an] | ڤنستراتاءن

Definisi : proses pembentukan tanah atau batuan yg bersusun lapis: beberapa muara tertentu akan mengalami percampuran sekata manakala pd masa-masa lain pula akan mengalami ~ atau menjadi berlapis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penstrataan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stratificationpenstrataanSains PolitikPolitik PerbandinganLihat lapisan sosial.
social stratumlapisan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan masyarakat yang berstrata atau berlapis-lapis. Setiap masyarakat mempunyai strata atau kelas yang berbagai-bagai seperti kelas atasan, kelas menengah dan kelas bawahan. Kewujudan kelas yang pelbagai ini menjadikan masyarakat itu dilihat berlapis. Dalam masyarakat yang sebenar, pembahagian susun lapis lebih kompleks disebabkan oleh perkembangan industrialisasi dan modenisasi yang berlaku. Susun lapis masyarakat tradisional boleh dibahagi kepada dua strata iaitu kelas pemerintah dan kelas yang diperintah. Manakala bagi masyarakat moden, susun lapisnya terdiri daripada pelbagai kelas seperti kelas elit, bangsawan, aristokrat, kelas menengah atas, kelas menengah bawah, kelas peniaga, buruh dan petani. Sinonim penstrataan.

Kembali ke atas