administrative state | negara pentadbiran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang mempunyai prinsip pemerintahan berasaskan kepada keabsahan peraturan yang terdapat dalam perlembagaan. Penubuhan negara pentadbiran bertujuan untuk mengemas tatacara pengurusan dan pentadbiran negara serta untuk mengelak daripada berlakunya gejala rasuah. Idea negara pentadbiran ini berkembang di Amerika Syarikat pada tahun 1887 sewaktu pentadbiran Woodrow Wilson dan di Malaysia semasa pentadbiran Tun Abdul Razak serta diteruskan oleh pimpinan berikutnya. |
federalism | federalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemerintahan atau pentadbiran negara yang terbahagi kepada dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Dalam sesebuah negara yang memiliki banyak wilayah, pembahagian ini dibuat kerana wilayah-wilayah tersebut mahukan autonomi dalam bidang tertentu. Sistem ini mengutamakan hak autonomi bagi golongan minoriti dan wilayah yang terpisah. Perlembagaan dalam sistem ini membahagikan kuasa negeri dan kuasa pusat kepada dua senarai yang berbeza. Kerajaan pusat biasanya menguasai bidang yang penting seperti hal-ehwal luar, keselamatan dalam negeri, kewangan dan pendidikan, manakala kerajaan negeri menguasai bidang-bidang seperti kebudayaan, sumber alam, tanah, cuti am dan agama. Namun begitu, terdapat juga sistem persekutuan yang mewujudkan senarai bersama iaitu bidang kuasa yang dikongsi antara kerajaan pusat dan negeri. Contohnya Malaysia, Kanada, India dan Australia. Sinonim faham persekutuan. |
machiavel | machiavel | Kesusasteraan | Tiada | Watak tipa dalam sesebuah karya yang mendapat namanya daripada Niccolo Machiavelli (1469 � 1527), seorang negarawan dan ahli falsafah di Florence, Itali. Beliau menulis sebuah karya yang mewajarkan konsep �matlamat menghalalkan cara� dalam pentadbiran negara. Bukunya sering dirujuk dalam drama yang dihasilkan pada Zaman Ratu elizabeth 1 pada abad ke-17. Pada zaman tersebut, nama Machiavelli muncul dan dikaitkan dengna sifat kedurjanaan dan kecurangan. Watak penjarah yang terdapat dalam karya tragedi balas dendam dikenali juga sebagai Machiavel. |
silkstocking district or ward | daerah mewah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Wilayah yang mendapat atau menggunakan belanjawan yang besar walaupun saiz kawasannya kecil. Wilayah ini mempunyai pembangunan yang pesat, infrastruktur yang hebat serta aktiviti ekonomi yang rancak. Pentadbiran wilayah Putrajaya sebagai wilayah pentadbiran negara dapat dianggap sebagai daerah mewah apabila perbelanjaan yang sangat besar diperuntukkan di kawasan tersebut. Sinonim mukim mewah. |
concurrent power | kuasa serentak | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa yang diperoleh secara menyeluruh sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan. Kuasa ini penting untuk mengelakkan sesuatu tindakan yang akan dilaksanakan agar tidak meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat atau negara. Kuasa jenis ini biasanya dipraktik dalam pentadbiran negara Amerika Syarikat. Contohnya, apabila, presiden mahu melaksanakan sesuatu tindakan yang segera seperti melancarkan serangan atau memerlukan belanjawan tambahan, beliau perlu mendapatkan kuasa serentak daripada kuasa utama kuku besi ketimuran Kongres. Tanpa kuasa tersebut sesuatu tindakan tidak boleh dijalankan. |
political crime | jenayah politik | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah atau pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh individu atau kumpulan untuk mencapai tujuan politik. Jenayah ini selalunya disasarkan kepada negara/kerajaan atau sistem politik. Contohnya, serangan siber yang dilakukan ke atas sistem komputer kerajaan dengan tujuan menggugat keupayaan pentadbiran negara. |
politburo | politburo | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lembaga eksekutif tertinggi dalam Parti Komunis dan negara Soviet Union dahulu. Badan ini diketuai oleh seorang Setiausaha yang mentadbir parti dan negara bersama sekumpulan kecil pemimpin kanan parti yang sangat berkuasa. Mereka berperanan besar dalam menguruskan pentadbiran negara seperti menentukan calon presiden, menetapkan perancangan ekonomi negara, mempengaruhi dasar luar dan memutuskan tindakan negara yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. Contohnya Soviet Union sebelum keruntuhannya pada awal dekad l990-an dahulu. |
power | kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keupayaan untuk menguasai dan mempengaruhi seseorang, kelompok atau negara lain yang biasanya mempunyai kaitan dengan autoriti. Melalui keupayaan ini, ia boleh mengarah seseorang, kelompok atau negara bertindak mengikut kehendaknya. Kuasa politik selalunya bersandarkan kepada sokongan orang ramai, kekuatan tentera atau ekonomi yang diberi melalui peruntukan perlembagaan, kelulusan dewan perundangan atau pengesahan di peringkat PBB. Lawatan penting dalam pemerintahan, pentadbiran negara dan organisasi penting selalu diikuti dengan kuasa atau bidang kuasanya. Dengan itu, ia menjadi rebutan orang ramai seperti pilihan raya yang menjadi saingan parti politik kerana mahukan kuasa untuk memerintah negara. Kuasa boleh juga wujud dalam keadaan tidak absah seperti menggunakan kekuatan tentera, kekerasan dan dilaksanakan ke atas pihak yang lebih lemah. Contohnya, tindakan Amerika Syarikat mengingkari keputusan PBB untuk bertindak menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah satu manifestasi penggunaan kuasa tanpa sebarang kewajaran atau kelulusan. |
state authority | pihak berkuasa negeri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa yang sah dimiliki oleh badan pemerintah sesebuah negara atau negeri. Autoriti ini sah apabila badan tersebut memperolehnya menurut peraturan perlembagaan dan tidak secara rampasan kuasa atau pemberontakan. Autoriti ini membolehkan pemerintah melaksanakan pentadbiran dengan rasmi seperti yang telah diluluskan oIeh badan perundangan. Bagi sistem demokrasi, tempoh autoriti pemerintahan pusat adalah berkala. Apabila penggal atau tempoh pemerintahan tamat, autoriti ini perlu dikembalikan kepada rakyat untuk pemilihan semula. Autoriti ini boleh dilaksanakan oleh agensi kerajaan yang menguruskan pentadbiran negara atau negeri seperti institusi polis, kastam, imigresen, jabatan hasil dan kerajaan tempatan. Sinonim pihak berkuasa negara/autoriti negeri/autoriti negara. |
caretaker government | pemerintah sementara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang dibentuk untuk jangka masa tertentu sehingga kerajaan yang sah ditubuhkan. Dalam konteks politik, konsep ini merujuk kepada kerajaan yang dibentuk akibat daripada keadaan yang tidak stabil dalam sesebuah negara seperti berlakunya peperangan, kerajaan yang mendapat undi tidak percaya daripada parlimen ataupun parlimen telah dibubarkan. Amalan kerajaan sementara ini sering berlaku dalam sistem kerajaan yang dibentuk berasaskan kepada gabungan beberapa parti. Apabila berlaku perpecahan dalam gabungan tersebut, maka kerajaan yang sedia ada terpaksa dibubarkan. Semasa menunggu pembentukan sebuah kerajaan yang baharu, urusan pentadbiran negara tersebut akan diambil alih oleh pemerintah sementara ini. |