Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ta.ri.khan] | ڤنتاريخن

Definisi : perihal mencatatkan tarikh bagi sesuatu peristiwa: ciri penulisannya mementingkan ~ sehinggakan karya-karya dapat dijadikan sumber sejarah yg dinilai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ta.ri.khan] | ڤنتاريخن

Definisi : perihal atau perbuatan mencatat tarikh bagi sesuatu peristiwa: ~ adalah penting kerana kita boleh menjadikannya sumber sejarah. ~ karbon kaedah me­nentukan usia objek organik, mis tulang, kayu me­­­lalui pengiraan jumlah isotop karbon tertentu di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarikh (kata nama)
Bersinonim dengan hari bulan, tanggal, titimangsa;,
Kata Terbitan : bertarikh, mentarikhkan, pentarikhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
datingpentarikhanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah untuk mengetahui usia sesuatu tapak berdasarkan jumpaan artifak atau ekofak. Kaedah ini terbahagi kepada dua, iaitu pentarikhan relatif dan pentarikhan mutlak. Kaedah pentarikhan relatif adalah berdasarkan tipologi, geokronologi, biostratigrafi dan dendroknonologi. Kaedah pentarikhan mutlak pula adalah berdasarkan radiokarbon, fission track dan termoluminesens. Antara artifak yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah polen tumbuhan, arang, kesan pembakaran, kandungan serpihan tembikar, debu gunung berapi dan tulang.
amino acid-datingpentarikhan asid aminoArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSatu daripada pentarikhan mutlak. Pentarikhan ini merupakan kaedah perbandingan nisbah antara asid amino D dengan asid amino L. Kaedah ini digunakan terhadap tulang, kulit kerang dan gigi. Ekofak ini akan mengalami perubahan selepas hayatnya kerana mengandungi asid amino, dan nisbah asid amino D akan bertambah besar berbanding asid amino L.
absolute datingpentarikhan mutlakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAnalisis secara saintifik ke atas bahan tinggalan lama berdasarkan perubahan progresif seperti pereputan molekul C-14 dan pertambahan kumulatif dalam lapisan hidrasi obsidian. Pentarikhan ini dianggap sebagai pentarikhan kronometrik bagi umur sesuatu artifak. Pentarikhan mutlak juga dianggap sebagai satu revolusi untuk menentukan tarikh dan usia sebenar bagi sesuatu artifak. Antara contoh pentarikhan mutlak seperti pentarikhan C-14, termoluminesens, fission track dan kalium argon. Sinonim umur mutlak.
sequence datingpentarikhan urutanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah pentarikhan relatif yang digunakan dalam arkeologi, sejarah seni dan geologi. Pentarikhan ini berdasarkan perubahan tipologi artifak dan kedudukan stratigrafi tempat asal artifak dijumpai. Aritifak yang mempunyai ciri yang sama dikategorikan pada usia yang sama. Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Petrie semasa mengenal pasti penguburan zaman pradinasti Mesir. Masalah akan wujud sekiranya pelbagai artifak ditemui dalam kelompok yang sama. Oleh itu, pentarikhan hanya melibatkan abad tertentu sahaja. Contohnya artifak Hosbinh ditemui bercampur dengan artifak Neolitik, maka artifak tersebut dianggarkan berusia sekitar 500 hingga 1500 tahun dahulu. Sinonim pentarikhan jujukan.
chronometric datingpentarikhan kronometrikArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPentarikhan mutlak dengan menggunakan kaedah sains. Usia yang diperoleh menggunakan angka tahun dengan tanda campur ( + ) dan tolak (- ) sebagai anggaran pengurangan kesilapan akibat pencemaran pada sampel yang digunakan. Contohnya, 2000 �.150 SS. Tarikh ini akan ditentu ukur untuk mendapatkan tarikh mutlak. Pentarikhan kronometrik adalah lebih tepat berbanding pentarikhan relatif yang memberi anggaran usia berdasarkan bentuk artifak dan stratigrafi penemuan.
thermoluminescence datingpentarikhan termoluminesensArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah pentarikhan kronometrik yang digunakan untuk mengkaji jumlah radiasi sampel yang terdedah kepada kadar jumlah cahaya bagi suatu jangka masa tertentu apabila sampel dipanaskan. Kaedah ini sesuai untuk pentarikhan tembikar dan sedimen tanah yang terdedah kepada radiasi suria. Kaedah ini boleh dibuat dengan kaedah konvensional dan optik.
fission-track datingpentarikhan fission trackArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah pentarikhan radioaktif yang ditentukan oleh ahli sains untuk menentukan usia artifak yang mengandungi mineral uranium. Kaedah ini digunakan untuk bahan berkaca seperti obsidian yang terdedah pada hawa panas pada zaman purba, kaca, tembikar bersepuh dan pelbagai jenis batu-batan. Pentarikhan ini bergantung kepada belahan atom uranium yang secara tidak langsung terdapat dalam artifak tersebut. Keadaan ini berlaku pada kadar yang tetap serta meninggalkan kesan kerosakan fragmen nuklear.
cross-datingpentarikhan silangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPentarikhan yang membandingkan antara dua tapak berdasarkan artifak dan/atau lapisan budaya yang ditemui pada tapak tersebut. Contohnya, tembikar yang ditemui pada lapisan 2 di tapak A mempunyai ciri yang sama dengan tembikar yang dijumpai pada lapisan 3 di tapak B. Ciri-ciri ini menunjukkan terdapat persamaan budaya dan zaman pada kedua-dua tapak tersebut. Kaedah ini sesuai digunakan jika tidak terdapat pentarikhan kronometrik.
datingpentarikhanKimiaTiadaPentarikhan: Penganggaran usia mineral, fosil atau barangan kayu dengan mengukur kereaktifan bahan tersebut.
datingpentarikhanSejarahTiadaPentarikhan: Penganggaran usia mineral, fosil atau barangan kayu dengan mengukur kereaktifan bahan tersebut.
123456

Kembali ke atas