Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
amphitheatreamfiteaterKesenianDrama dan TeaterPentas terbuka untuk persembahan kesenian termasuk teater yang dibina dengan dikelilingi tempat duduk bertangga untuk penonton. Tempat duduk panggung ini biasanya diatur secara bertingkat yang dikenali sebagai kerusi “tenggek ayam” bagi membolehkan penonton yang berada di bahagian belakang menyaksikan persembahan teater di bahagian hadapan.
stage scenerypemandangan pentasLandskapTiadaPanorama yang digubah sebagai latar belakang yang menghiasi pentas terbuka berumput yang dibina di suatu kawasan seperti yang terdapat di istana Raja Eropah.
theatre-in-the-roundteater arenaKesenianDrama dan TeaterPengolahan produksi teater atau persembahan drama yang dilakukan sama ada di pentas berkonsep arena atau ruang terbuka. Makyung ialah satu bentuk drama tari tradisional Melayu yang persembahannya dibuat dalam bentuk teater arena. Lihat jugaarena, pentas arena.
morality playsusilawaraKomunikasiKorporatSejenis drama pentas yang pelakon utamanya berperanan sebagai penyelamat. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan manusia yang dilakonkan melalui watak yang bersifat baik dan jahat. Persembahan dialog bergantung sepenuhnya kepada skrip yang disampaikan secara beretika dengan nada suara dan gaya watak. Kebanyakan mesej dipengaruhi unsur ketuhanan dan kemuliaan, serta mengutamakan nilai kemanusiaan, keagamaan dan moral seperti hubungan baik sesama manusia. Persembahan yang sentiasa diakhiri dengan watak baik dan mulia akan memperoleh kemenangan dan kejayaan. Dari segi watak dan dialog, pelakon utama akan mendominasi keseluruhan cerita. Dari segi sejarahnya, susilawara dipersembahkan di dalam dewan tertutup dengan plot cerita melalui empat peringkat, iaitu kemurnian-berdosa-penyesalan-terselamat daripada bencana. Pada masa kini, susilawara berkembang dengan kemasukan unsur jenaka dan dipersembahkan secara terbuka.

Kembali ke atas